CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pemuzik Direman Patahkan Palang Kondo, Berang Tak Boleh Masuk Kerana Tunggakan ‘Maintenance’

21-12-2023 12:03 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 28916| Komen: 44

Description: Kuala Lumpur: Berang tidak dibenarkan masuk akibat mempunyai tunggakan bayaran penyelenggaraan, seorang pemuzik ditahan kerana mematahkan palang automatik di sebuah kondominium di daerah Ampang Jaya, ...
Kuala Lumpur: Berang tidak dibenarkan masuk akibat mempunyai tunggakan bayaran penyelenggaraan, seorang pemuzik ditahan kerana mematahkan palang automatik di sebuah kondominium di daerah Ampang Jaya, Selangor.


Menurut Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya menerima laporan berhubung perkara daripada seorang eksekutif berusia 36 tahun pada tengah hari Selasa.


"Menurut pengadu, dia dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang lelaki berusia 55 tahun berkenaan memintanya membuka pintu pagar automatik untuk masuk ke dalam kondominium.

"Namun, pengawal keselamatan tidak membenarkannya untuk meletak kenderaan dalam kawasan kondominium kerana terdapat tunggakan bayaran penyelenggaraan sebanyak RM6,448.

"Suspek kemudian bertindak mematahkan palang pintu pagar automatik dan terus masuk. Syarikat pengadu mengalami anggaran kerugian RM1,500 akibat kejadian itu," katanya


Kata Azam, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan bekerja sebagai pemuzik di perkarangan Balai Polis Pandan Indah pada hari yang sama.

Bagaimanapun semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan negatif dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 22 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanda 21-12-2023 01:11 AM
ahlil muzik???
Quote kakacantikkan 21-12-2023 01:56 AM
shah slam ka
Quote AWEKSAMURAI 21-12-2023 02:09 AM
Takkan abg edrie ..xde lah adik dia info aku apa2 hehe
Quote Burong_Hantuk 21-12-2023 08:51 AM
awal sangat masuk....
Quote lolen 21-12-2023 08:58 AM
Tua dah 55thn..ploppopi tu ke
Quote sukebintang 21-12-2023 08:59 AM
kakacantikkan replied at 21-12-2023 01:56 AM
shah slam ka

Shah slam umur 49 tahun. Kalau shah, mesti akan tulis artis&pemuzik
Quote AbukRokok 21-12-2023 09:00 AM
tu bahaya rumah serba canggih...ada tunggakan terus kne blok
lif xblh akses....klu duk tingkat 20...mampos
Quote AbukRokok 21-12-2023 09:01 AM
beli rumah mahal2 loan bank
hjung2 kerana hutang 500 kne jadi gelandangan tepi semak sambil tgk rumah sdri
Quote Lily_Elizabeth_ 21-12-2023 10:09 AM
Cam ni lahhh
; if takut tunggakan; setiap bulan buat SI (Standing Instructions) pada account bank kita untuk tolak sekian2 duit pada JMB. If bayar selepuk mmg rasa ralat dan rugi; tolak je setiap bulan duit maintenance itu.
Quote MarryPottet 21-12-2023 11:06 AM
I told you so! - Nyonya Mansor
Quote sleepandream 21-12-2023 11:49 AM
mentenance fee 6k ni standard utk 2 tahun...
selalunya tak bayar lebih 3 bulan pun nama dah naik notis dalam lif...
2 tahun beb... sesak sangat jual kereta pegi keje naik moto jeh
Quote 3chanceno 21-12-2023 12:24 PM
Pemuzik tu kassim selamat ke

Lama tak bayar tapi masih kasik chance, tapi masih buat bodoh jr
Quote GegarVaganja 21-12-2023 12:30 PM
Tak mampu duk kondo, duduk je la kat flat syibal.

Quote mizzmimi 21-12-2023 12:32 PM
Awal Sehari tersenyum sinis
Quote duku 21-12-2023 12:34 PM
GegarVaganja replied at 21-12-2023 12:30 PM
Tak mampu duk kondo, duduk je la kat flat syibal.

flat pun skrg dah halang kete masuk kalau x byr maintenance...
Quote Dolmat 21-12-2023 12:57 PM
Latest version gaaaiss.....Awal 2.0
Quote lilacomot 21-12-2023 03:49 PM
siapa pulak wat hal
Quote kwekkwek 21-12-2023 04:03 PM
AWEKSAMURAI replied at 21-12-2023 02:09 AM
Takkan abg edrie ..xde lah adik dia info aku apa2 hehe

edrie baru 47
Quote kwekkwek 21-12-2023 04:04 PM
awie ke????

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055064 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top