CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafreez Adam Yakin Amir Ahnaf Dan Nadhir Nasar Bangga Miliki Wajah Melayu 'Awam'

20-12-2023 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10320| Komen: 7

Description: Hafreez Adam, meluahkan rasa hairan mengapa isu paras rupa masih diperdebatkan memandangkan sebelum ini sering mendengar bahawa penonton mahukan pelakon yang memiliki wajah Melayu untuk memegang watak ...
Hafreez Adam, meluahkan rasa hairan mengapa isu paras rupa masih diperdebatkan memandangkan sebelum ini sering mendengar bahawa penonton mahukan pelakon yang memiliki wajah Melayu untuk memegang watak utama dalam sesebuah naskah drama atau filem.


Malah, menerusi apa yang berlaku terhadap pelakon junior, Amir Ahnaf dan Nadhir Nasar, ia baginya tidak wajar kerana biarpun wajah menjadi perhatian, bakat juga harus dinilai dengan baik oleh penonton.

Foto: IG

“Bukankah itu yang diminta penonton sebelum ini? Saya selalu dengar dulu orang cakap, kenapa tak ambil pelakon yang bermuka melayu untuk jadi teraju utama sesebuah karya? Katanya, bila watak utama saja muka kena ‘jambu’, Pan Asia atau campuran, sebelum ini.

“Jadi, kalau Amir dan Nadhir berwajah Melayu pun, ia satu perkara yang baik. Kita ada pelapis yang sangat berbakat dan bawa muka Melayu itu, Insya-Allah ke peringkat lebih tinggi,”katanya.




Selain itu, kata Hafreez, dia yakin kedua-dua pelakon muda tersebut berbangga dengan kelebihan wajah Melayu atau ‘awam’ yang mereka miliki.

“Ini kerana ia macam satu bonus untuk pakej mereka. Selain bakat, mereka bagi ‘look’ yang berbeza dan ‘fresh’. Sudah tiba masa untuk ketengahkan bakat-bakat yang ada pakej macam mereka. Saya sebenarnya tengah rasa pelik juga,  tak terfikir wajah Melayu boleh jadi isu.



“Bagaimanapun, secara umum, saya sedar mungkin penonton atau orang dalam industri sendiri sukar untuk dipuaskan sebab masing masing ada citarasa tersendiri bukan. Terang-terangan ada kelompok yang berbeza- beza. 

“Jangan sebab kita tak suka, kita menidakkan citarasa orang yang suka pula. Terima dengan minda yang terbuka yang kita semua ini ada pilihan masing-masing,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kepot 20-12-2023 12:23 PM
muka swasta camna.
Quote Kurex 20-12-2023 12:47 PM
Mesti hafrezzah adamiah taste jantan muka macam deols kan
Quote MadameOnion 20-12-2023 04:30 PM
muka awam..muka swasta..muka bekerja sendiri
Quote Myeramie 20-12-2023 08:20 PM
Ok la muka melayu yg ensem melayu xsemua buruk.fattah Amin muka melayu ke.hafiz ni ensem jgk.jgn muka melayu xensem mcm mierul tu.si kapla tu pon sejak style misai ngn rambut tu jadi smkin kepam.yg jambu cam meerqeen pon kepam dgn rambut skrg.muka dh cute tapi style xjaga.xpayah nk jadi mcm Pinoy indo semua muka mix pelakon internal racism sgt.
Quote isbritneybich 20-12-2023 09:13 PM
riding a popular issue sebab sendu ke
Quote aint 20-12-2023 10:23 PM
Kurex replied at 20-12-2023 12:47 PM
Mesti hafrezzah adamiah taste jantan muka macam deols kan

teruih tersedak iols baca nama heshe...
Quote heythere123 20-12-2023 10:32 PM
heols berlakon dalam drama Tiada Maaf Buatmu lagi best dari si suami Zahirah walaupun mamat tu hero. Masa interview pon heols nampak terkawal while si hero tu nampak rempit namatey

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047246 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top