CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kita Belanja Sikit Sebab Dah Buat Badan Penat-Penat," Yusof Bahrin Tak Pakai Baju Dalam Filem

20-12-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11384| Komen: 10

Description: Yusuf Bahrin memaklumkan dia mengambil langkah berani untuk menjayakan babak tidak berbaju dalam filem pertamanya, The Lord Musang King.
Yusuf Bahrin memaklumkan dia mengambil langkah berani untuk menjayakan babak tidak berbaju dalam filem pertamanya, The Lord Musang King.

Yusuf berkata babak tersebut dijayakan apabila dia memaklumkan syaratnya kepada pihak produksi agar tidak memaparkan auratnya dalam filem tersebut.


Foto: IG

“Saya ambil langkah berani sebenarnya tetapi saya beritahu ada syarat, iaitu jangan di bawah pusat.

“Alhamdulillah bila ditayangkan tak nampak bawah pusat dan juga lutut. Nampak dada sahaja.

“Kita belanja sikit sebab dah buat badan penat-penat,” katanya kepada XTRA.



Yusuf ditemui pada malam gala filem The Lord Musang King di Ibu Kota pada Selasa.

Dalam pada itu, Yusuf turut memaklumkan bahawa dia juga ada berbincang dengan isterinya yang juga seorang penyanyi, Zizi Kirana mengenai babak tersebut sebelum menjayakannya.



“Saya ada beritahu pada Zizi bahawa dalam skrip ada babak saya mandi dalam bilik air di penjara. Dia cakap ‘pasti mandi tak pakai baju, tak logiklah mandi berbaju’.

“Ada pula babak sabun jatuh, kalau saya kutip sabun itu mungkin cuma shot kaki dan tangan saja yang diambil.

“Jadi dia cakap okey saja, tetapi jangan sampai benda-benda tak sepatutnya nampak lah, saya cakap okey dan janji dengan dia,” kongsinya.

Kongsi Yusuf lagi, dia juga memohon kepada pengarah, Lee Moon Ho agar babak tidak berbaju itu tidak menampakkan bahagian yang mendedahkan auratnya.



Malah, Yusuf juga bersedia dengan apa jua kritikan yang akan diterimanya mengenai babak tersebut.

“Saya juga ada maklumkan perkara ini pada penerbit, saya buat permintaan dan merayu agar shot yang diambil tidak nampak bahagian pusat hingga lutut.

“Saya cakap pada dia, ‘macam mana nak jawab dengan isteri kalau ada shot tak sepatutnya’. Dan dia kata okey saja dan akan maklumkan pada pengarah.

“Pengarah juga beri jawapan yang baik pada saya. Dia hormati permintaan saya sebab yang akan ‘dihentam’ saya juga nanti. ‘Pergi majlis agama tapi kenapa tayang pusat’.



“Tapi untuk babak tersebut juga saya akan terima dan bersedia untuk sebarang kritikan. Saya tak cakap ia perkara betul dan juga salah. Tetapi saya ambil langkah berani dan tanggungjawab sendiri,” tutupnya.

Filem The Lord Musang King adalah filem Malaysia pertama arahan perngarah dari korea selatan, Lee Moon Ho yang bakal menemui penonton mulai 21 Disember ini.

Filem yang mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlyn, Eddie Chow dan juga pelakon asal Korea Selatan, Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 20-12-2023 11:57 AM
Hahahahaha.. dalam hati terkinja2 nak tayang tapi terikat dengan aurat pulakk
Quote refleCtion 20-12-2023 12:21 PM
sedeyyhhh ko dikkk
bini ko dh puassszz menyeksi dulu...
tapi ko dah kawin baru nk menyeksi dedah body kena minta ijinnnn bini plk...
Quote Catpaw 20-12-2023 01:17 PM
Gigih nya nak belanja, xda orang nak tengok
Quote prince_marhaen 20-12-2023 03:09 PM
AHAHAHAHAHAHAHAHAH.... padahal ONz je pun kalau scene jimak...janji x nampak aurat gituuu...... pundekkkkk lahh
Quote Orix 20-12-2023 04:38 PM
prince_marhaen replied at 20-12-2023 03:09 PM
AHAHAHAHAHAHAHAHAH.... padahal ONz je pun kalau scene jimak...janji x nampak aurat gituuu...... pund ...

direct terus hati yach komen chuols
Quote LadyCarefree 20-12-2023 07:10 PM
Maksudnya masa shooting tu bogel ke apa? Nak berpesan jangan shoot bawah pusat.
Quote Sazreena 22-12-2023 12:08 PM
Ingatkan nak cakap macam nak jawab dengan tuhan..ahgitu..takat bini...ko khilafah kot. Lainlah kalau bini ko yg jadi imam.
Quote lovelytouch 22-12-2023 12:20 PM
Kesiaaann laki bini bebal
Quote Kurex 22-12-2023 05:19 PM
Mana bukak baju tu? Kurex nak menilainsetiap inci lekukan badan heols
Quote aemon 22-12-2023 05:36 PM
refleCtion replied at 20-12-2023 12:21 PM
sedeyyhhh ko dikkk
bini ko dh puassszz menyeksi dulu...
tapi ko dah kawin baru nk menyeksi dedah bo ...

Bini dulu seksi dah mcm nk terbugil dah.tibe dah jadi lembaga si suami meronta2 x puas lg nk menyeksi.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.205423 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top