CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Nak Cuti, Hilang 'Mood' Sebab Terlampau Sibuk

6-12-2023 12:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5150| Komen: 2

Description: Penyanyi, Alif Aziz, 32, mengakui, kesibukan kerja yang dilaluinya kebelakangan ini termasuk menyertai program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) baru-baru ini menyukarkannya untuk meluangkan lebih banyak ...

Penyanyi, Alif Aziz, 32, mengakui, kesibukan kerja yang dilaluinya kebelakangan ini termasuk menyertai program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) baru-baru ini menyukarkannya untuk meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Alif berkata, keadaan itu juga membuatkan dirinya mudah hilang ‘mood’ berikutan terlalu kepenatan dan kehilangan banyak energi demi kerja.



“Mungkin sudah sampai masanya untuk saya ambil sedikit waktu yang ada sekarang untuk berehat pula. Terlalu sibuk bekerja termasuk berjuang dalam program ASGV baru-baru ini, semua itu satu tempoh yang sangat memenatkan.

“Malah saya akui, kadangkala mood dengan keluarga pun jadi hilang, tak dapat berikan tumpuan penuh. Tetapi saya faham, ini semua sebahagian daripada perjalanan kerjaya dan nak berjaya itu tidak mudah,”katanya.

Selain itu, kata Alif, dia merancang untuk bercuti bersama keluarga bagi ‘mengganti’ semula masa yang telah diambil untuk melunaskan tanggungjawab kerja sebelum ini.

“Tak adalah merancang apa sangat, cuma nak pastikan diri ini dapat pulih dari aspek kesihatan dengan rehat secukupnya. Mungkin akan bercuti bersama keluarga.

“Saya rancang nak jenguk ibu bapa saya di Singapura, tambahan pula, mereka pun sudah kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah umrah di Mekah tempoh hari.

“Insya-Allah, saya yakin lepas dapat rehat secukupnya, saya akan kembali dengan lebih bertenaga. Lagipun tak lama lagi saya juga akan muncul dengan sebuah single baharu.

“Pada masa yang sama, saya juga sedang meneliti tawaran lakonan yang kini sedang dirisik-risik oleh beberapa produksi,”katanya.

Dalam pada itu, kata penyanyi yang juga suami kepada pelakon, Bella Astillah ini, dia yakin masih ada rezeki buatnya dalam bidang seni meskipun tidak mampu meneruskan perjuangan untuk menjulang gelaran juara di pentas ASGV.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 6-12-2023 09:00 PM
Cukup2lah kerajaan Msia bagi visa/permit warga asing kerja kat Msia. Penyanyi, pelakon segala bukannya ketandusan warganegara sampai nak kena approve warga asing penuhi kerja2 gini.
Quote ReginaGeorge 6-12-2023 10:25 PM
Jaga mood si jonggang tu dilu. Kang semua org dipitenahnya..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.210946 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top