CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Jatuh Standard Pun, Mamat Tak Kisah Menyanyi Di Kenduri Kahwin

6-12-2023 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5875| Komen: 18

Description: Mamat tak rasa imejnya jatuh kalau buat persembahan di majlis kenduri kahwin.
Mamat tak rasa imejnya jatuh kalau buat persembahan di majlis kenduri kahwin.

Katanya, dia enggan berkira menghiburkan peminat kerana mempunyai perasaan tidak sampai hati untuk menolak permintaan apatah lagi kenalan.


Foto: IG

Dia bersyukur masih lagi menerima tawaran menyanyi sehingga kini walaupun tidak sebanyak dulu dalam sebulan, sekali gus mampu meneruskan kelangsungan hidupnya.

“Saya mudah saja, soal bayaran semua boleh bincang tapi tidaklah sampai bayaran diterima itu tidak berpatutan langsung, cuma antara terima atau tidak saja.


“Sebenarnya saya susah nak tolak tawaran nyanyian kerana kebanyakannya daripada kawan-kawan saya kenal dan faham mereka pun ada bajet tertentu.

“Apa pun selalunya saya penuhi saja undang menyanyi di majlis perkahwinan termasuk di dewan sebab enggan berkira memandangkan semua itu rezeki,” katanya kepada Kosmo.

Penyanyi berusia 45 tahun itu bersyukur apabila masih kerap memenuhi undangan persembahan di sekitar Johor dan Kuala Lumpur setiap bulan sekali gus membolehkannya meneruskan kelangsungan hidup.



“Kadang-kadang sebulan ada dapat tiga, empat persembahan, dan satu tawaran pun pernah tapi saya okey saja sebab sedar memang beginilah realiti sebagai artis penyanyi.

“Jadi untuk teruskan hidup saya enggan memilih dan sedia menerima tawaran lain seperti menyanyi pada acara yang kecil yang bayarannya sekitar RM1,000 untuk dua lagu.

“Janji ada bayaran, lagipun saya sedia terima mengenangkan kawan-kawan, tidak merugikan pun sebab bukan percuma dan mereka pun hargai kesanggupan kita,” ujarnya.



Pemilik nama sebenar, Mohd. Ali Kamarudin, 45, mengakui kini giat melaksanakan latihan bersama seorang lagi vokalis Exists, Ezad Lazim serta anggota lain bagi menghadapi konsert di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.

Berkolaborasi dengan lebih 30 pemuzik Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akuinya cabaran memang berbeza namun menyuntik pengalaman tersendiri.


Menurut Mamat, dia akan mendendangkan 11 lagu daripada 25 seleksi pilihan sepanjang persembahan berdurasi tiga jam itu.

“Paling penting sekarang adalah jaga stamina dan kebiasaannya sebelum konsert besar saya minta pandangan kawan yang lebih berpengalaman untuk dapatkan hasil lebih baik,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 6-12-2023 11:32 AM
sayang betul,suara dia sbnrnya ok...tapi,gara2 dadih...
Quote cik_ingeniare 6-12-2023 11:44 AM
suka sangat dengan suara dia.. tapi sayangnya kenapa la dia pilih jalan macam tu dulu..
Quote karipap_sadin 6-12-2023 11:46 AM
haaa part ni I stuju dgn mamat..biar lah nyanyi kt majlis kenduri kawin pun yg penting ada pendapatan
Quote Carcosa 6-12-2023 11:47 AM
Patut post IG yang "Photo Dump" tu, jgn letak gambar dgn Tok Ram tu.
Yg 2 pics before tu, takpe.
Sebab semua bekas2 pemakan dadih berkhasiat berkrim susu cap teko.
Quote prince_marhaen 6-12-2023 12:11 PM
Carcosa replied at 6-12-2023 11:47 AM
Patut post IG yang "hoto Dump" tu, jgn letak gambar dgn Tok Ram tu.
Yg 2 pics before tu, takpe.
Seb ...

haha.. meols baru nak mention...ehhhh alumni pengasih..sekali ada tokram... patut bubuh ameng, terpaling pensyarah pengasih... ehhh!


Quote Carcosa 6-12-2023 12:15 PM
prince_marhaen replied at 6-12-2023 12:11 PM
haha.. meols baru nak mention...ehhhh alumni pengasih..sekali ada tokram... patut bubuh ameng, ter ...

Hahhahahha chuols lagi shaitan, yach!
Jgn dilupakan jua retis2 wanita yg ke longkang kehidupan mereka. Suruh Mamat bibir itam selfie dgn Tekya and Anjuling sekali
Quote sukebintang 6-12-2023 01:30 PM
Harapnya suara mamat ok la time konsert.  
Mamat nyanyi lagu 11 dr 25 lagu..maknanya ezad nyanyi 14.. kalau ikut bilangan album.. patut ezad nyanyi lebih lagi
Quote orkid_amani 6-12-2023 02:59 PM
Syg kan mamat ni dulu bukan satu dua lagu mendunia dgn exist..semua lagu dlm album hit kot..sapa laa kawan yg jahat ajak dia mendadih tuu..ka itu mmg pilihan dia?
Quote I.K.A888990 6-12-2023 03:09 PM
okay je nyanyi majlis kenduri pun
tak terjatuh la level retis pun
Quote sukebintang 6-12-2023 03:40 PM
Edited by sukebintang at 6-12-2023 03:42 PM
orkid_amani replied at 6-12-2023 02:59 PM
Syg kan mamat ni dulu bukan satu dua lagu mendunia dgn exist..semua lagu dlm album hit kot..sapa laa ...


Selalu bab dadah ni. Pengaruh rakan rakan dulu. Kalau artis lagila kawan kawan duk pengaruh. Banyak duit katanya.
Lagi satu kalau penyanyi ni orang bagi sebab nk hilangkn takut atas pentas.
Lama lama addict la sendiri sampai tak terkawal.
Quote ezacbee 6-12-2023 03:43 PM
2 lagu 1k ok pe.. nak mintak mahal trus xde lak.. ada duit lebih blh bikin gigi baru.

Quote Kangkung1M 6-12-2023 04:09 PM
Edited by Kangkung1M at 6-12-2023 04:11 AM
Carcosa replied at 5-12-2023 11:47 PM
Patut post IG yang "Photo Dump" tu, jgn letak gambar dgn Tok Ram tu.
Yg 2 pics before tu, takpe.
Seb ...

Pemakan dadih ni susah nak rilek, sentiasa tak keruan. Nyanyi pon bercekak pinggang, fefeling biduan sepanjang zaman gamaknya.

[Ig]https://www.instagram.com/reel/C0HFQjzJ1Aw/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote Kangkung1M 6-12-2023 04:41 PM
prince_marhaen replied at 6-12-2023 12:11 AM
haha.. meols baru nak mention...ehhhh alumni pengasih..sekali ada tokram... patut bubuh ameng, ter ...

Mamat bawah ni lagi sesuai utk alumni pengasih.

[Ig]https://www.instagram.com/reel/Ckp1f_uB3Yo/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote sleepandream 6-12-2023 08:09 PM
helloo... bak kata karatz dayang... byk job wedding kenduri kawen... eksklusipppp tau dakkkk
Quote sukebintang 6-12-2023 10:54 PM
Edited by sukebintang at 6-12-2023 10:55 PM

Tak sabar nk tunggu live versi orkestra.
Best bunyi jesnita. Tak sabar nak tunggu Bunga..
[ig]https://www.instagram.com/reel/C0dvVAgyguq/?igshid=OTU1ODAwZWUxYg==[/ig]







Quote sukebintang 6-12-2023 10:59 PM
Edited by sukebintang at 7-12-2023 07:48 AM

Harapnya Mamat nyanyi betul betul time konsert.ni pun nampak susah dia nak menyanyi.  Lagu ni dah la legend.

[ig]https://www.instagram.com/reel/C0drZHnSFnM/?igshid=ZDE1MWVjZGVmZQ==[/ig]
Quote Suchi 7-12-2023 07:06 AM
Ok je drpd membewak kat umah hari2 buat live tp takda hasil apa pun

Tak keje kang tade duit mujur ada bakat menyanyi bleh la buat duit.
Nyanyi busking kat downtown pun ok jer
Quote iolss 11-12-2023 03:59 PM
betul tu... jnji ada income. if seribu 2 lagu..
pastu majlis kawen tiap mggu.. dah bape.. blm kira event2 kompeni lgi..
hdp skrg xleh nk select sgt bang.. yg ptng ada income yg halal n berkat.
dr merapu live2 borak sembang kosong mghabihkan boreh je

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.056751 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top