CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Wanita Senior Terkenal Menyondol, Kikis Duit Suami Orang Sampai Habis

4-12-2023 02:31 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 24137| Komen: 66|Original author: Saiful

Description: Seorang pelakon wanita senior terkenal didakwa telah mengganggu rumah tangga orang lain dan menjadi orang ketiga?Menurut sumber Melodi, seorang wanita yang tidak didedahkan identiti tampil mendakwa pe ...
Seorang pelakon wanita senior terkenal didakwa telah mengganggu rumah tangga orang lain dan menjadi orang ketiga? 

Menurut sumber Melodi, seorang wanita yang tidak didedahkan identiti tampil mendakwa pelakon wanita senior itu telah mengganggu rumah tangga ibu dan ayah kepada rakan karibnya.


Ibu bapa kepada rakan karibnya itu dilaporkan hampir bercerai gara-gara perbuatan pelakon senior tersebut.

Gambar Hiasan

"Saya cerita untuk kebaikan, kawan saya dah lama terseksa. Saya tak boleh tengok kawan saya menderita dengan apa yang pelakon wanita senior itu telah buat.

"Ayah kawan saya ni dah macam angau dengan pelakon tu, tak tahulah kena ‘mandrem’ ke apa ke sebab dia ikut je apa kemahuan pelakon tu. Dia bagi duit dan sebagainya.

"Dia banyak main kisah air mata dan banyak kisah buruk yang korang tak tahu."



Dakwanya lagi pelakon wanita tersebut juga pernah mengugut ibu kepada rakan karibnya itu dan seakan tidak mengaku kesalahan yang dilakukannya.

"Mak kawan saya pernah kena ugut dengan pelakon wanita tersebut dan bila berjumpa dia kata, ayah kawan saya yang terhegeh-hegeh dengan dia.

"Paling saya geram ialah dia ugut mak kawan saya tu, ‘Jangan sampai suami dia lupa dan tak kenal dah isteri dan anak-anak dia’.

Menurut individu tersebut, dia bukanlah berniat untuk membuka aib namun sudah penat melihat kesengsaraan yang berlaku terhadap keluarga rakan karibnya itu.

"Saya cerita ni bukanlah sebab nak buka aib tapi supaya tak terjadi kepada orang luar. Mungkin nampak dia macam nak kasihan je tapi rupanya dia perempuan bertopengkan syaitan.

"Dia siap minta duit bapa kawan saya untuk buat perniagaan sampai habis duit dia.

"Pada pelakon tu, bertaubatlah sebab apa yang awak buat ni salah. Jangan nak musnahkan rumah tangga yang dibina."-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swateng1 4-12-2023 02:35 PM
SAPA?SAPA?SAPA?SPILL TERUS LAHHH
Quote edsassin 4-12-2023 02:35 PM
Hmmm awal sangat masuk ni
Quote jihyomelly 4-12-2023 02:37 PM
tu je la keja memasing.. caras sana caras sini..ntah sapa la retis senior tu tapi memang jenis kesunyian la tu hobi mencaras
Quote 3chanceno 4-12-2023 02:41 PM
Bukak cerita nie bukan nak bukak aib, tapi supaya tak terjadi pada orang lain. Tapi nama tak spill atau hints2 pun tak kasik, apppooo
Quote prince_marhaen 4-12-2023 02:42 PM
Edited by prince_marhaen at 4-12-2023 02:43 PM

Senior? selevel mana senior tu? Takkan Mak Wan Latah? ehehehehe!

Screenshot 2023-12-04 144311.png
https://suria.my/terkini/hiburan/takut-kalau-saya-rampas-suami-mereka-mak-wan-latah-sedih-jiran-cakap-belakang-tak-tergamak-jadi-penyondol/

Yang ada track record ramai,

Adakah Royani yang nak sperma Jepun Qash-qash?

Adakah Mariya bakal besan Acik Bali Deep?

Adakah Koriri Delusi ex-laki baru kawin tu... ? Tapi sheols tak senior pun..sendu je..
Quote shernazz 4-12-2023 02:44 PM
EF ke?
Haha
Sedap je meneka kan
Quote myakayina 4-12-2023 02:44 PM
musim menyondol ke skrg ni? takde ke gossip yg lebih hangat dari sondol laki org je?
Quote ketupatnasi 4-12-2023 02:44 PM
sape pelakon senior yang banyak kisah air mata?
takan la wan maimunah or pojiah nawi.
ke erra pajirahhhh?
Quote KamikuP 4-12-2023 02:46 PM
Yg digosip dgn ahli politik pERAk tu kah? ekekekeke
Quote Suchi 4-12-2023 02:46 PM
Klu cuma pelakon wanita senior je?
Single ke bini org?
Quote Mata.kucing 4-12-2023 02:49 PM
sundal ker nih
Quote bedahmenjuyah 4-12-2023 02:49 PM
prince_marhaen replied at 4-12-2023 02:42 PM
Senior? selevel mana senior tu? Takkan Mak Wan Latah? ehehehehe!



Talkan la bakal besan achi deep. Dia kan ada laki. Gosip ni keluar same time dgn benang lg satu psl ef n tokei mee kari. Tp bini mee kari dr keluarga ada2 n sgt influential. Berani ke mee kari?
Quote pocongkiutss 4-12-2023 02:50 PM
Entah2 NK.. satu lg si N tu
Quote pocongkiutss 4-12-2023 02:51 PM
prince_marhaen replied at 4-12-2023 02:42 PM
Senior? selevel mana senior tu? Takkan Mak Wan Latah? ehehehehe!



Astaga....hahaha sekali rupanya mmg MWL
Quote prince_marhaen 4-12-2023 02:52 PM
bedahmenjuyah replied at 4-12-2023 02:49 PM
Talkan la bakal besan achi deep. Dia kan ada laki. Gosip ni keluar same time dgn benang lg satu ps ...

ohh ye tak ye jugak ye...... pelakon drama air mata, ke filem air mata ?

Senior macam ni ke uols? ehhh!


Quote prince_marhaen 4-12-2023 02:53 PM
pocongkiutss replied at 4-12-2023 02:51 PM
Astaga....hahaha sekali rupanya mmg MWL

Jangan memain...kepit tak lepas uols....ada grip kertas pasir!  
Quote Thunderclouds 4-12-2023 03:04 PM
Ratu ke?
Sekadar menaburr pittnahh
Quote lilacomot 4-12-2023 03:23 PM
ntah..aku terbayang kn si norish tu je
Quote Cempakaoren 4-12-2023 03:33 PM
pocongkiutss replied at 4-12-2023 02:50 PM
Entah2 NK.. satu lg si N tu

Terfikir orang sama

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.059880 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top