CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Faizal Hussein Rela Buat Stunt Sendiri, Tak Kisah Kuku Kaki Tercabut

1-12-2023 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12090| Komen: 16

Description: Kalau boleh Faizal Hussein, 56, enggan menggunakan pelakon gantian dan masih berani mahu melakukan sendiri aksi lagak ngeri atau 'stunt' ketika penggambaran.
Kalau boleh Faizal Hussein, 56, enggan menggunakan pelakon gantian dan masih berani mahu melakukan sendiri aksi lagak ngeri atau 'stunt' ketika penggambaran.

Dia bukan berlagak kuat tapi memang dia mahukan cabaran berat buat dirinya meskipun berisiko berdepan kecederaan.


Foto: IG

"Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi memang apa yang saya rasa boleh buat, saya buat. Alhamdulillah kadang-kadang ada sesetengah babak yang 'stuntman' pun nasihatkan jangan buat.

"Produksi cadangkan letak saja watak 'stand in'. Tapi saya cakap tak mengapa. Jadi bila pengarah buat sudut-sudut itu, dia memang akan pastikan muka saya yang buat. Bukan letak sudut yang sorokkan muka saya.


"Saya memang suka kerja-kerja yang berat. Saya tak kisah pun kuku kaki tercabut. Hakikatnya, bukan pertama kali pun berdepan kecederaan begitu," katanya kepada Harian Metro.

"Susahnya sebab ada beberapa babak-babak yang besar, hampir semua setnya besar. Watak saya lakonkan pun memerlukan persediaan yang hebatlah. Seperti babak-babak tempur.

"Banyak juga set-set yang pengarah serta pengarah aksi sudah putuskan letak 'stuntman'. Tapi saya akan halang mereka dan beritahu saya boleh melakukannya. Kemudian saya buat sendiri.



"Sampai penerbit pun datang tanya betulkah saya nak buat sendiri. Itulah kelebihannya, babak pun nampak lebih realistik," katanya.

Melakonkan watak Omar Yusuf iaitu seorang penulis komik, Faizal juga ingin mereka karakternya sendiri dan enggan terikut watak asal dalam drama terbabit.


"Kalau buat cerita adaptasi, saya memang takkan tonton versi asal. Saya tengok satu episod, sudah faham jalan cerita, itu saja. Sebab tak nak watak asal itu membayangi apa saya akan buat," katanya.

Selain Faizal, W: Two Worlds turut dibintangi Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Mierul Aiman, Tony Eusof, Shahkimin dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 1-12-2023 06:44 PM
A-class roy. Living legend.
Quote telracs 3-12-2023 05:25 PM
Umur 56, tapi dia kurus sangat, nampak wajah lebih tua dari usia.
Quote kotakbaju 3-12-2023 06:03 PM
telracs replied at 3-12-2023 05:25 PM
Umur 56, tapi dia kurus sangat, nampak wajah lebih tua dari usia.

Si roy ni memang sedia kurus pun kan. Dari zaman2 muda dulu pun camtu le dia.
Quote Burong_Hantuk 3-12-2023 06:21 PM
Terbaik FH....
Quote selipar_hijau 3-12-2023 06:29 PM
Adoi knapa la aku baca bulu kaki yg tercabut
Quote Ahriman 3-12-2023 06:36 PM
Hati2 bang roy kang terpeleot tulang belakang.
Quote telracs 3-12-2023 06:54 PM
Terbaiklah Faizal.

Cerita ni hidup sebab watak dia.
Harapkan HH dan DT, aduhhhhhhhhhhh...
Quote Rogue98 3-12-2023 10:11 PM
Kuku kaki tercabut....
Quote sayurmayur88 4-12-2023 07:23 AM
mmg best lh klu faizal hussein ni berlakon..legend
Quote sangbara2020 4-12-2023 07:59 AM
kuyus sgt sesuatukah...
Quote lasagna 4-12-2023 09:11 AM

sewaktu masa dahulu...
Quote salimrock 4-12-2023 09:46 AM

ada 1 cerita, pemburu bayang kot...

dia anak pengedar dadah, dia sendiri isap dadah, dia couple dgn ella

pergi pulau pangkor pastu ella nangis2 sebab kene tor on , ella takut pregnan kot  + faizal dan ragut kesucian nya(  ini lah pendidikan seks wa dulu2 haha )


pstu faizal husen jupe ruby ( tak silap wa raja azura ) diorang bermesra pegang2 tangan

ella cemburu lalu melari kan diri dan pulang ke KL...

faizal cuba mengejar tp tak dapat...

bg aku cerita ni best haha...

faizal husein ni watak antagonis boleh, hero boleh, watak komedi pn boleh ( XXRAY )

ok la kira takde la nak watak hero je,



Quote lasagna 4-12-2023 09:52 AM
salimrock replied at 4-12-2023 09:46 AM
ada 1 cerita, pemburu bayang kot...

dia anak pengedar dadah, dia sendiri isap dadah, dia couple d ...

hahhahaa kemain pjg 'cerpen' abam salimrock ek..
ye laa jaman Azroy khuenss.. sape yg tau, tau laa..
Quote salimrock 4-12-2023 09:59 AM
lasagna replied at 4-12-2023 09:52 AM
hahhahaa kemain pjg 'cerpen' abam salimrock ek..
ye laa jaman Azroy khuenss.. sape yg tau, tau laa ...

pada tahun 1990 an jalan cerita pemburu bayang tu best..

haha..pandai datuk yusof haslam buat cerita dan cari pelakon2 hebat haha'

mgkn zaman tu pn tak byk hiburan, kt rumah radio dan  tv1,2-3

skrg ni dgn henfon, laptop, internet, playstation, netflix dsbnya haha

gua pn dah bertahun tak tgk wayang, last tgk pn masa fenomena mat kilau haha itu pn atas semangat patriotisma haha


Quote lasagna 4-12-2023 10:09 AM
salimrock replied at 4-12-2023 09:59 AM
pada tahun 1990 an jalan cerita pemburu bayang tu best..

haha..pandai datuk yusof haslam buat cer ...

iols pun kecik lagi nengok cite tu.. sbb ada ella tu yg beshhhh.
alaa dlu hiburan kita gitu ler, tak cam skrg.

Quote Prickford 4-12-2023 10:12 AM
Malaysia ni kalau acting guna wig mmg hauk sungguh kejadian.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051463 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top