CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasas Kosmetik Dituduh Perampas, Aniaya Ibu Mengandung

29-11-2023 08:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2920| Komen: 11

Description: “Lega dengan keputusan mahkamah, ini sekali gus membersihkan nama isteri saya," kata Amirul Irfan ketika mengulas mengenai kejayaan isterinya dalam kes saman fitnah terhadap dua individu termasuk seo ...
“Lega dengan keputusan mahkamah, ini sekali gus membersihkan nama isteri saya," kata Amirul Irfan ketika mengulas mengenai kejayaan isterinya dalam kes saman fitnah terhadap dua individu termasuk seorang anggota polis berpangkat sarjan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan pada Ahad baru-baru ini.


Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membenarkan tuntutan Nurul Huda Mazelam selaku plaintif untuk menuntut ganti rugi terhadap dua individu iaitu Sarjan Hazwan Amir Ishak, 33, (defendan pertama) dan Norazlinda Abu Othman, 43, (defendan kedua).

Mahkamah memutuskan tuntutan plaintif dibenarkan dengan ganti rugi sebanyak RM50,000 dan kos serta faedah diberikan kepada plaintif.


Foto: mStar

"Kami expect lebih... tuntutan sebenarnya RM500,000 tapi dapat 10 peratus pun kami okay.

"Dapat kemenangan pun dah cukup. Kalau ikutkan, sepanjang proses perbicaraan berlangsung, dua kali mereka nak settle luar.


"Saya tak pasti alasan khusus... mungkin tak larat nak bawa kes ini sampai keputusan," ujar Amirul Irfan ketika dihubungi mStar.

Menurut Amirul Irfan, 33, isterinya yang juga pengasas produk kosmetik terpaksa menanggung impak yang besar disebabkan fitnah serta gangguan kedua-dua suspek sejak 2020.

"Dia (defendan kedua) cakap Nurul Huda perampas suami dia... satu lagi dia tuduh isteri saya aniaya ibu mengandung. Gangguan ini bermula sejak 2020 lagi.

"Emosi isteri saya terganggu lebih-lebih lagi pada tahun pertama. Saya pun terpalit sama. Akibatnya, isteri tak boleh fokus dengan kerja, berdepan dengan pandangan negatif masyarakat malah sales syarikat turun berbanding tahun sebelumnya.

"Tiga tahun berjuang, Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada isteri," ujarnya lagi.

Menurut Amirul Irfan lagi, apa yang berlaku secara tidak langsung diharapkan dapat membuka mata masyarakat mengenai keburukan buli siber.

"Setiap apa yang dikeluarkan media sosial, kita kena sentiasa beringat. Jika negatif, maka negatiflah juga impaknya. Bab buli siber jangan main-main.

"Lagi satu sebagai anggota polis, dia (defendan pertama) sepatutnya menunjukkan role model yang baik kepada masyarakat. Namun difahamkan dia sudah dikenakan tindakan tatatertib," ujarnya lagi.

Sungguhpun keputusan mahkamah sesyen memihak kepada isterinya, Amirul Irfan berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan di peringkat mahkamah tinggi.

Untuk rekod, Nurul Huda memfailkan saman pada 21 Mac 2021 menerusi Tetuan Mariana & Co.

Berdasarkan penyata tuntutan, plaintif yang memiliki 119,966 pengikut di laman sosial Facebook dan 227,200 di Tiktok mendakwa difitnah secara dalam talian pada tahun 2020.

Susulan penyiaran dan penerbitan status oleh defendan di laman sosial Facebook defendan kedua, terdapat komen-komen berunsur mengugut, mencaci, memalukan dan mengutuk plaintif dengan nada yang keras.

Komen-komen itu juga merujuk kepada plaintif sebagai ‘perampas suami orang’ sedangkan perkara itu tidak benar, memalukan dan dengan niat jahat menjatuhkan maruah serta reputasi plaintif.

Akibat penyiaran dan penerbitan status itu juga, plaintif menerima pelbagai mesej yang mengugut dan mencaci dengan tuduhan yang tidak benar serta tiada asas.

Plaintif diwakili peguam, Intan Nor Nadhirah Ismail dan Mariana Mat Kudin manakala defendan-defenden diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 29-11-2023 10:42 PM
Sskjp kenal la ni. SG x kenal. Product apa yg dia jual?
Quote kaoru44 29-11-2023 11:51 PM
sape plak ni[em:12:]
Quote sharlenetexas 30-11-2023 12:07 AM
SalenaGomez replied at 29-11-2023 10:42 PM
Sskjp kenal la ni. SG x kenal. Product apa yg dia jual?

Tak kenal.


Quote Ahriman 30-11-2023 12:13 AM
Muka laki tu iras meerqeen.
Quote sayurmayur88 30-11-2023 12:18 PM
tak kenal tapi muka laki tu herlok, iras merqeen
Quote sukacactus 30-11-2023 05:56 PM
Tak kenal
Tp kalau betul kena fitnah, aku sokong je dia ambik tindakan camni
Quote pocongkiutss 30-11-2023 06:02 PM
Ni kira saman fitnah ke defamation?

Quote I.K.A888990 30-11-2023 08:10 PM
ramai betul pengasas2 ni
Quote Lily_Elizabeth_ 1-12-2023 07:47 AM
Dia ganggu somi siapa? Linda tu ke?. Siapa nama somi Linda tu?. Amirul tu ex shuben Linda ke bukan, ke ya?.
Poning baca.
Quote AbukRokok 4-12-2023 09:02 AM
kelantam darul pengasas
Quote salimrock 4-12-2023 09:09 AM
Edited by salimrock at 4-12-2023 09:14 AM
Ahriman replied at 30-11-2023 12:13 AM
Muka laki tu iras meerqeen.

errm elok juga la muka sarjan hazwan ni,
apa hubungan dia dgn awek 43 tahun tu, elok juga tu,,,


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.044790 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top