CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Berselera Aneh, Makan Nasi Lemak Kari Ayam Dengan Milo Tabur!

29-11-2023 08:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2303| Komen: 23

Description: Pekerja sebuah restoran mendedahkan dia menerima pesanan pelik daripada seorang pelanggan.
Pekerja sebuah restoran mendedahkan dia menerima pesanan pelik daripada seorang pelanggan.

Pelanggan yang membuat pesanan melalui aplikasi tempahanan makanan itu meninggalkan permintaan khas kepada restoran agar menyediakan hidangan nasi lemak kari dicampur serbuk Milo.


Difahamkan pesanan luar biasa itu dibuat sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran pelanggan berkenaan.



Video itu dimuat naik oleh staf restoran di pusat beli-belah The Mines, Seri Kembangan, Selangor yang terkejut apabila hendak menyediakan pesanan tersebut.

Warga maya turut berasa teruja apabila mengetahui kewujudan gabungan menu sedemikian.

"Saya sekarang ni tengah mengandung, tiba-tiba nampak nasi lemak kari Milo ni, terus rasa mengidam. Mana nak cari ya?

"Macam mana boleh 'ngam' eh campur benda manisan dengan nasi berlauk yang berkari macam ni? Tak apa la selera orang lain-lain kan," kata sebahagian warga maya.


Walaupun begitu, staf berkenaan yang dikenali sebagai Shaheera Azhar ketika dihubungi mStar mendedahkan 'pelanggan' itu ternyata merupakan pengurus di tempat dia bekerja.

"Sebenarnya pelanggan tu manager saya, nama dia Wan. Apa yang berlaku ni merupakan perancangan antara bos kami dengan isteri Wan kerana nak beri kejutan untuk manager saya tu.

Saya sejak kecil memang suka eksperimen campur Milo dalam makanan, sampai mak pesan jangan cepat sangat habiskan Milo.
Wan Muhammad Firdaus Syed Razali.

"Dalam diam bos kami yang hantar pesanan tu. Wan pula waktu tu berada di rumah. Dia pun terkejut apabila bungkusan makanan sampai di rumah, lagi terkejut nampak apa yang dia dapat.

"Kalau nak tahu, satu hal tentang manager saya ni, dia memang suka Milo, itu favourite dia setiap masa, tak dapat dipisahkan.

"Sebab itulah saya terus rakam apabila mula-mula dapat order tu, saya tak sangka wujud spesies macam manager saya yang tergila-gilakan Milo ni. Tak sangka pula saya pun kena game" jelas Shaheera.

Pengurus restoran dengan panggilan Wan atau nama lengkapnya Wan Muhammad Firdaus Syed Razali itu berkata kesukaan melampau terhadap Milo bermula sejak di awal usia.

"Sejak kecil saya memang suka eksperimen campur Milo dalam makanan, sampai mak pesan dulu jangan cepat sangat habiskan Milo dekat rumah tu. Ahli keluarga yang lain tak ada pula share keistimewaan saya ni.

"Pada saya Milo ni macam penyedap rasa dalam makanan, kalau orang biasa mungkin letak Ajinomoto je, saya tambah Milo baru ekstra lazat makanan tu.

"Tapi saya ni bukan la terlalu kronik sangat sampai kena ada Milo baru boleh makan, saya cuma tambah Milo dalam makanan apabila dekat rumah atau di kedai saya, tempat yang saya selesa.

"Tidak la semua tempat dan setiap masa saya buat begini, hanya orang terdekat je tahu tentang relationship saya dengan Milo ni," kata Wan yang sudah hampir dua tahun bekerja di restoran Mug Mug.

Menurut Wan yang keberatan mendedahkan usia sebenarnya, dia mencampurkan Milo ke dalam makanan secara rambang termasuklah nasi campur.

Ketika menyentuh soal kesihatan, Wan mengakui timbul kerisauan jika pengambilan Milo secara melampau itu boleh mengakibatkan risiko penyakit seperti kencing manis.

"Disebabkan saya suka makan Milo je, saya cuba hadkan pengambilan manisan lain atau makanan dan minuman yang tinggi gula, saya nak imbangkan semula.

"Saya juga melakukan senaman secara berkala supaya gula dan lemak berlebihan daripada Milo tu boleh dibakar. Kesihatan tetap perlu diutamakan," kata Wan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addamnor 29-11-2023 09:02 PM
Menu diabetes potong kaki dek.. tunggu lah few more years
Quote Ahriman 29-11-2023 09:14 PM
Ni bukan aneh.ni lapar perhatian.
Quote menjad 29-11-2023 09:16 PM
Asal boleh dijadikan content
Quote Jitu 29-11-2023 10:04 PM
boikot milo

tp milo campur susu pekat pergh, kena stop dulu
boikot tetap boikot
Quote ipes2 30-11-2023 04:30 AM
stroke dan heart attacks menanti di selekoh
Quote isseliparjepun 30-11-2023 11:10 AM
Asal boleh jadi content.
Quote Decaffeinated 30-11-2023 11:12 AM
Yang ko makan jeruk ikan bilis busuk tu aneh ka tak dek?
Quote drivethru 30-11-2023 11:37 AM
Demi content. Lagi viral kalaily ko minum milo tabur dalam lubang hidung babi guling.
Quote namr 30-11-2023 12:00 PM
kuat mencapap jantan ni kalah pompuan
Quote otai_g 30-11-2023 12:16 PM
Ni mcm yg brother padu beb tu jer..
Quote midori888 30-11-2023 12:22 PM
milo kan manis..org pantai timur kan suka makan manis2...kalu bro nie org pantai timur, tak heran lah...
Quote tintin22 30-11-2023 12:23 PM
lantak ko la
Quote ReginaGeorge 30-11-2023 01:36 PM
Pesakit diabetes ni. Tinggal potong kaki jer..
Quote juruterra 30-11-2023 01:59 PM
teruknya mengidam...saya tak penah mengidam bende pelik2 sepanjang nandung 5 kali
paling2 saya layan nafsu mkn 2 bungkus nasi lemak bekpes sepinggan penuh nasi lunch & dinner sampai berat naik 20kg
Quote renko 30-11-2023 04:50 PM
lancauuuuu
ni saja nk glamer je babi ni
butuh
Quote kitaserupaaa 30-11-2023 05:08 PM
Sedangkan cheese pun ditambah kt mcm2 mknan msia ni. Asal nampak moden
Quote sekngucing 30-11-2023 05:27 PM
midori888 replied at 30-11-2023 12:22 PM
milo kan manis..org pantai timur kan suka makan manis2...kalu bro nie org pantai timur, tak heran la ...

org oantai timur mana suka sangat makan manis..kuih2 memang manis, tp.tu semua gula nisan kerek...bukan gula pasir
Quote midori888 30-11-2023 06:26 PM
sekngucing replied at 30-11-2023 05:27 PM
org oantai timur mana suka sangat makan manis..kuih2 memang manis, tp.tu semua gula nisan kerek... ...

bukan org pantai timur suka makan manis ke? roti canai cicah gula or susu manis, letak gula dalam kari...
Quote I.K.A888990 30-11-2023 08:12 PM
adoi apa je la rasanya

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059279 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top