CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan main kotor potong elaun, komisen

5-7-2013 09:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5283| Komen: 26

Description: Petaling Jaya: Kira-kira 10,000 pekerja logistik yang beroperasi sekitar Pelabuhan Klang mendakwa terpaksa menanggung akibat berikutan taktik kotor digunakan sesetengah majikan yang memotong elaun bek ...
Petaling Jaya: Kira-kira 10,000 pekerja logistik yang beroperasi sekitar Pelabuhan Klang mendakwa terpaksa menanggung akibat berikutan taktik kotor digunakan sesetengah majikan yang memotong elaun bekerja lebih masa dan komisen bulanan mereka walaupun pelaksanaan gaji minimum sudah berkuat kuasa bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) Tan Sri Zainal Rampak berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pekerja mengenai pembohongan dilakukan majikan terbabit yang lebih memikirkan keuntungan berbanding kebajikan pekerja.

Menurutnya, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pemberian Gaji dan Jabatan Tenaga Kerja untuk menyiasat perkara itu seterusnya mengambil tindakan undang-undang jika majikan terbabit didapati melakukan kesalahan.


“Terdapat lebih 500 syarikat logistik beroperasi di Pelabuhan Klang dan setakat ini, kami menerima antara lima hingga enam laporan tetapi saya percaya sebenarnya lebih banyak syarikat yang melakukan perkara terkutuk itu.


“Mereka memotong elaun kerja lebih masa dan komisen bulanan pekerja bagi memastikan jumlah gaji pekerja tetap sama walaupun gaji minimum RM900 sudah dilaksanakan.

“Jadi, apa gunanya pemberian gaji minimum sedangkan pekerja tetap tidak dapat menikmati kenaikan gaji seperti arahan kerajaan,” katanya pada sidang media di Wisma TWU, semalam.

3

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 5-7-2013 08:15 AM
tengok tauke maaa
Quote bbalik 5-7-2013 08:18 AM
piket jer depan hq jpk...
Quote PenjualAPAD 5-7-2013 08:20 AM
aku bukan stakat potong elaun, siap suh berenti kerja lagi, skang aku kerja sendiri
Quote mjla 5-7-2013 08:34 AM
Kelemahan kjn yg boleh diperbaiki.

Buat undang2 tapi takde penguatkuasaan.

Lepas tgn je...
Quote mieraAdriana 5-7-2013 09:15 AM
syarikat fully 100% swasta nih , kalau ade aduan, tuntutan ... nk foward kt sape eh ??
kementerian ape yg bole buat penguatkuasaan dan tindakan susulan sebarang tuntutan diorg ?...
(smbil tanye, smbil carik ilmu ...tq yg share ..)
Quote xpdckelate 5-7-2013 09:27 AM
undang2 manusia buat,suka hati depa ikut,x puas ati depa tendang,ahaha
Quote copong 5-7-2013 09:48 AM
Banyak kilang2 buat mcm ni spt kat tempat sy di sg petani. Dulu gaji pekerja ada yg rm400-rm600 ja sebulan tak termasuk ot dan elaun. Skrng ni elaun semua sudah tak ada. Taktik yg paling untung jika mereka ambil pekerja baru, nak dpt basic rm900 ni kena confirm kerja sampai 1 tahun..ada yg lebih. Selagi tak confirm gaji bulanan mereka rendah sj, yg tak tahan akan berhenti dan kilang tu akan sentiasa ambil pekerja baru. Mmg taktik kotor.
Quote sapeka 5-7-2013 10:35 AM
PenjualAPAD posted on 5-7-2013 08:20 AM
aku bukan stakat potong elaun, siap suh berenti kerja lagi, skang aku kerja sendiri

memang keji bekas majikan u tu...
Quote dragger 5-7-2013 10:42 AM
berenti je..

cari kje tempat lain

rezeki ada di mane2... bumi Allah ini luas
Quote pakwetizzaqyah 5-7-2013 11:00 AM
harap gaji pembantu rumah pun perlu diturunkan kepada harga maksimum..saran parlimen semak kontrak pembantu rumah bibik indon caprut
Quote InVendeTTa 5-7-2013 11:27 AM
pekerja kena potong gaji kunun tekanan ekonomi
big-big boss enjoy huge bonus, umah besar merata tempat,travel abroad, keta besar and china doll
yg dipersalahkan of coz gomen
Quote saniken 5-7-2013 11:47 AM
resign ramai2 tengok mcm mana. suara rakyat suara keramat
Quote Al-Patih 5-7-2013 12:25 PM
syarikat logistik  kat situ ada pakai kable besar ...
Quote akuwell 5-7-2013 04:58 PM
Banyak je kompeni buat macam ni. OT tak dibenarkan, sume kena siap masa office hour, kalo tak siap,
kena keje lebih masa dan  tak dibayar ot tuh. Ada jugak geng2 operator dari bangla protes, tak datang keje,
sekali kena hantar balik Bangladesh. Kesian.  
Quote brownstone 5-7-2013 05:02 PM
Kat Malaysia MEF lebih berkuasa dari Union maa...  
Quote katokcun 5-7-2013 05:02 PM
adik aku salah sorg yg kne ar...ot xdibayar..aku suh wat aduan...dia mls coz bukan ade tindakan pape pn...
last2 dia benti n cari kje lain...abih crite...
Quote TuntungReturn 5-7-2013 05:12 PM

patot kerajaan beri win-win antara kerajaan dan majikan..majikan beri gaji rm900..cukai syarikat pun kerajaan kene kurangkan.ni baru nama win-win..suh majikan bayar gaji minimum..igt majikan tak cerdik?potong elaun.,ot.last2 staf gak merana.nak sgt gaji rm900!..nak dakwa undang2 apa kalo majikan potong elaun.ot??
Quote liyamariska 5-7-2013 05:24 PM
kata gaji minimum RM 900.. pastu dah tolak EPF bagai, tinggal berapa jer... ntahlah... rasanya majikan sgt mengambil kesempatan dan menindas pekerja secara sulit...
Quote Acong 5-7-2013 05:30 PM
harap pekerja yg kena tindas tu adalah penyokong BN......!!!

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.175768 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top