CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Wanita Demam, Dakwa Lihat Pocong Atas Bumbung Restoran

28-10-2023 09:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13880| Komen: 1

Description: Selayang: Seorang wanita yang dikenali sebagai Amoi mendakwa melihat kelibat makhluk dipercayai pocong ketika bertugas syif malam tiga hari lalu.Berkongsi perkara tersebut di TikTok, Amoi yang juga pe ...
Selayang: Seorang wanita yang dikenali sebagai Amoi mendakwa melihat kelibat makhluk dipercayai pocong ketika bertugas syif malam tiga hari lalu.

Berkongsi perkara tersebut di TikTok, Amoi yang juga pengurus sebuah stesen minyak berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika dia bertugas di kaunter.



"Waktu itu, hanya dua orang saja bertugas iaitu saya dan seorang lagi pekerja.

"Ketika kejadian, tiada pelanggan jadi sambil kerja, saya bersiaran langsung di TikTok sambil berinteraksi dengan pengikut.

"Mata saya kemudian terpandang sesuatu yang bercahaya di atas bumbung restoran dekat seberang jalan jadi cuba 'zoom' bagi melihat lebih dekat dan terkejut apabila nampak susuk tubuh 'gula-gula' (pocong)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Amoi, penampakan itu agak jelas kerana diterangi cahaya yang tidak tahu datang daripada mana.


"Setahu saya, tiada lampu jalan di situ jadi tak tahu cahaya apa yang menyinari makhluk berkenaan.

"Lagipun, makhluk itu seolah-olah berada di atas bumbung restoran. Restoran itu pula sudah ditutup jadi tak logik ada cahaya di situ.

"Saya yakin apa yang saya nampak itu adalah 'gula-gula' dan mungkin sebab itu saya demam hari berikutnya," katanya.

Menurut Amoi, dia tidak ceritakan perkara itu kepada sesiapa termasuk rakan setugas sehingga keesokannya.

"Saya simpan saja cerita itu dan esoknya (kelmarin) baru saya sembang dengan seorang pak cik yang kebetulan kerja sama syif dengan saya.

"Menurut pak cik itu, dia sedang membersihkan tandas pada waktu berkenaan dan turut nampak macam ada kelibat.

"Cuma, pak cik itu tak pasti adakah kelibat itu 'gula-gula' seperti yang saya nampak," katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Amoi berkata, niatnya bukan untuk menakutkan sesiapa tetapi sekadar berkongsi pengalaman seram dilaluinya.

"Saya tak pernah alami pengalaman macam itu jadi saja kongsi video dirakam di TikTok.

"Ramai percaya mungkin kerana nampak jelas malah tak lama selepas saya muat naik video itu, ada rakan duduk di lokasi berhampiran katakan kawasan berkenaan memang keras kerana dekat dengan hutan simpan di belakangnya," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 29-10-2023 08:02 AM
Mana tik tok nmpak gula2
Ai takde tiktok

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.315994 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top