CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Ingatkan Kepak Ayam, Rupanya Kaki Katak

25-10-2023 09:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1570| Komen: 3

Description: Orang ramai terkejut setelah melihat gambar sepinggan kaki katak yang dijual bersebelahan ikan dan ayam tular di laman Twitter, hari ini.Menurut hantaran sama, kaki katak tersebut dijual secara terbuk ...
Orang ramai terkejut setelah melihat gambar sepinggan kaki katak yang dijual bersebelahan ikan dan ayam tular di laman Twitter, hari ini.

Menurut hantaran sama, kaki katak tersebut dijual secara terbuka di sebuah pasar raya terkemuka di Selangor.




“Hati-hatilah apabila membeli barang basah di pasar raya ini. Jangan tersalah beli.

“Ingatkan ayam atau burung puyuh, rupa-rupanya kaki katak,” katanya di ruangan kapsyen.

Dalam ruangan komen, netizen mengakui pemandangan tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana kawasan tersebut dipenuhi oleh warga asing.

“Dulu pasar raya sama pernah tular. Kalau nak beli makanan laut bolehlah. Tetapi yang lain macam tidak yakin. Jadi saya terus elakkan,” kata Asma.

“Katak ini haram dimakan sahaja. Dijual dengan makanan lain rasanya tidak ada masalah. Katak diharamkan untuk dimakan kerana terdapat larangan membunuhnya dari Nabi SAW, bukan kerana haiwan tersebut dikategorikan sebagai najis,” katanya Izwan.


“Loyanya,” kata seorang lagi pengguna.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 2,930 tanda suka dan 452,000 tontonan.


Sumber: Kosmo! Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 26-10-2023 05:28 AM
Apa nama pasarayanya tu?
Quote KamikuP 26-10-2023 10:39 AM
Pasaraya NSK Selayang- gitu meollss terus terang
Quote esbok 26-10-2023 03:15 PM
mmg le bukan najis, tapi kalau dia potong pakai parang sama, chopping board sama, ish kembang tekak

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-3-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.039411 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top