CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Pernah Jadi Gangguan Seksual Ditangkap Sebab Cabul 35 Kanak-Kanak Lelaki Sejak April 2023

9-10-2023 08:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 918| Komen: 1

Description: Indonesia: Seorang pemuda yang dikenali sebagai RH ditahan polis selepas disyaki mencabul 35 orang kanak-kanak lelaki dalam kejadian sejak April 2023.Memetik laporan media Indonesia, suspek adalah seo ...
Indonesia: Seorang pemuda yang dikenali sebagai RH ditahan polis selepas disyaki mencabul 35 orang kanak-kanak lelaki dalam kejadian sejak April 2023.

Memetik laporan media Indonesia, suspek adalah seorang pelajar dan pertama kali perbuatan keji itu dilakukannya adalah pada bulan Ramadan 2023. 



Menurut sumber, suspek mencabul mangsa pertamanya ketika kanak-kanak itu pulang dari masjid selepas menunaikan solat tarawih.

Sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek bertindak mengumpan mangsa dengan mengajaknya ke sebuah pondok dan mengugut akan memukul sekiranya enggan menuruti permintaannya. 

Bukan itu sahaja, suspek mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula dan membiarkan mangsa menonton filem dewasa.

Tidak terhenti di situ, suspek dikatakan merakam sendiri aksi tidak senonohnya dengan mangsa menggunakan telefon bimbit miliknya.


Difahamkan, penahanan suspek dilakukan selepas salah seorang rakan suspek membuat laporan polis setelah melihat video tidak senonoh tersebut. 

Saksi juga sempat berjumpa dengan keluarga mangsa dan memberitahu kejadian yang berlaku.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek rupa-rupanya pernah menjadi mangsa gangguan seksual sewaktu kecil dahulu.


Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 22-10-2023 07:01 AM
Dia dh kena... Pastu dia buat kt budak lain pulak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048344 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top