CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

David ‘Kantoikan’ Victoria Beckham Naik Rolls Royce Ke Sekolah

8-10-2023 10:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2008| Komen: 4

Description: Bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham menuai perhatian ramai apabila mendedahkan isterinya, Victoria Beckham pernah dihantar menaiki kenderaan mewah Rolls Royce oleh bapanya ke sekolah suatu ...

Bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham menuai perhatian ramai apabila mendedahkan isterinya, Victoria Beckham pernah dihantar menaiki kenderaan mewah Rolls Royce oleh bapanya ke sekolah suatu ketika dulu.

Perkara itu dibangkitkan Beckham apabila isterinya mula membuat kenyataan dia dibesarkan oleh ibu bapanya yang merupakan golongan kelas pekerja.

"Ibu bapa saya bekerja keras dan keluarga kami adalah golongan pekerja,” katanya sebelum disahut soalan spontan oleh suaminya.

Tidak berdiam diri mendengar jawapan tersebut, Beckham seterusnya meminta isterinya jujur mengenai kenderaan yang diguna oleh bapa mentuanya suatu ketika dulu.

“Tolong jujur, apakah jenis kereta yang ayah guna untuk hantar awak ke sekolah?” soal Beckham.

Tewas dengan soalan bertalu-talu daripada suami, ibu kepada empat orang cahaya mata itu akhirnya mengakui bapanya pernah memiliki kenderaan jenama mewah tersebut.

“Ini bukan jawapan yang mudah.

“Baiklah, sekitar tahun 1980-an, ayah saya memiliki kenderaan jenis Rolls Royce,” jawab bekas ahli kumpulan Spice Girls itu.

Difahamkan, perkongsian tersebut adalah sedutan daripada sebuah filem dokumentari berjudul Beckham terbitan Netflix.

Mengimbau semula, pasangan selebriti berpengaruh ini mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1999 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Brooklyn Beckham, Romeo Beckham, Cruz Beckham dan Harper Seven.

Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tatod 8-10-2023 10:10 PM

Quote Sazreena 9-10-2023 02:25 PM
Dah namanya pun Posh Spice...
Quote virgocircus 10-10-2023 04:56 AM
Ade tgk clips tu kelakar betul. Hihihi
Quote borrow 10-10-2023 08:50 AM
pnh tgk perjalanan spice girls. Ada sorang ckp family Posh nouveau riche. So ada diskriminasi jugaklah. Dh tua isu dgn besan pulak. Kaya pun mcm2 tingkat. Neway sheols ni menten stylish , mebi satu faktornya sbb ada shuben encem haha

Lihat semua komen(4)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049711 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top