CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pihak Pengurusan Nafi Dilraba Buat Hubungan Intim Dalam Kelab Malam

8-10-2023 09:03 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1839| Komen: 10

Description: Nama pelakon Dilraba Dilmurat menjadi bualan netizen apabila tular gosip mendakwa dia melakukan hubungan intim di sebuah kelab malam pada 15 September lalu.Justeru itu, pihak pengurusan tampil menafik ...
Nama pelakon Dilraba Dilmurat menjadi bualan netizen apabila tular gosip mendakwa dia melakukan hubungan intim di sebuah kelab malam pada 15 September lalu.

Justeru itu, pihak pengurusan tampil menafikan perkara tersebut malah menjelaskan wajah wanita di dalam video berkenaan hanya mirip sepertinya.



"Kami dengan tegas menafikan bahawa Dilraba Dilmurat tidak terlibat dalam skandal ini," kata wakil pengurusan.

Malah pihaknya juga memohon maaf atas kekeliruan tersebut sekali gus akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu tersebut.

Sementara itu, kelab malam berkenaan mengecam tindakan yang dianggap tidak senonoh tersebut.

"Kami tidak membenarkan pornografi, perjudian dan dadah di kelab kami," katanya.

Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis.

Pihak polis juga sedang menjejaki pasangan suami isteri dari Anhui, China yang dipercayai terlibat di dalam video tersebut.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borrow 8-10-2023 10:16 AM
sheols ethnik uyghyur. Majoriti beragama islam tp status sheols ni tatau la. Sbb kunci rapat hal peribadi. Kt utube ada drama bersiri uyghur sheols b4 popular kat china. Biasa2 ja tp layan juga , saja nk tgk drama luar. hehe.

[youtube]yi3WNM_VJRQ[/youtube]


Quote shida81 8-10-2023 11:20 AM
borrow replied at 8-10-2023 10:16 AM
sheols ethnik uyghyur. Majoriti beragama islam tp status sheols ni tatau la. Sbb kunci rapat hal per ...

Ada tgk kt tt.. Kat anugerah apa ntah.. Org bg Salam kt dilraba and dia wa'alaikumsalam.. Ethnic dia kn Sgt sensitive topic.. Takut effect career dia kot
Quote delia3003 8-10-2023 08:09 PM
borrow replied at 8-10-2023 10:16 AM
sheols ethnik uyghyur. Majoriti beragama islam tp status sheols ni tatau la. Sbb kunci rapat hal per ...


Isu sensitif kan kat sana, dia pun dalam entertainment, takut effect career. Tapi artis kat sana terlibat skandal  besar je terus kena banned. Baru2 ni ramai jugak kena banned pasal tax evasion.
Quote astatine 8-10-2023 08:44 PM
Saya selalu suka tgk drama china..tp klu dilraba berlakon mcm xlalu nk tgk..mcm kaku tgk dia berlakon [em:12:]
Quote alieyrina 8-10-2023 09:28 PM
Pelakon my journey 2u mcm 2 org pelakon belah sana. Memg tak nampak cina langsung
Quote borrow 8-10-2023 09:53 PM
shida81 replied at 8-10-2023 11:20 AM
Ada tgk kt tt.. Kat anugerah apa ntah.. Org bg Salam kt dilraba and dia wa'alaikumsalam.. Ethnic d ...

mebi juga . Tp kkdg non muslim pun jawab salam hehe.
Quote borrow 8-10-2023 10:07 PM
delia3003 replied at 8-10-2023 08:09 PM
Isu sensitif kan kat sana, dia pun dalam entertainment, takut effect career. Tapi artis kat sana t ...

A ah. Sampai drama lama pun boleh terpalit , mcm Lov020  ( top tp tak pnh tgk) , katanya kena banned sbb heroin terlibat skandal.
Quote iolss 9-10-2023 01:54 PM
astatine replied at 8-10-2023 08:44 PM
Saya selalu suka tgk drama china..tp klu dilraba berlakon mcm xlalu nk tgk..mcm kaku tgk dia berlako ...

haah i pon rs dia agak kayu.. tp sbb dia lawa sgt i gigih jua tgk 2 3 drama lakonan dia. hahaha
Quote virgocircus 10-10-2023 01:47 PM
Sheols ni yeslam tp yelah isu sensitive kat sana. Nak x nak sheols berlakon jelah drama or filem walaupun ade adegan hot kiss bagai. Sama lah mcm lakorn Thai sinun. Pelakon wanita Islam dorg pun selamba je berlakon babak hot. Bila jd minority jadi camtu plak.
Quote AbukRokok 10-10-2023 02:19 PM
diraba dan dimengurat

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.167346 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top