CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Bergigi Manusia

1-10-2023 04:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6178| Komen: 15

Description: Washington: Seorang nelayan terkejut apabila menangkap seekor ikan pelik yang mempunyai gigi seperti manusia.Mirror New melaporkan, ikan yang dikenali sebagai Sheepshead itu ditangkap Brian Summerlin, ...
Washington: Seorang nelayan terkejut apabila menangkap seekor ikan pelik yang mempunyai gigi seperti manusia.

Mirror New melaporkan, ikan yang dikenali sebagai Sheepshead itu ditangkap Brian Summerlin, 38, yang memancing di Tangier Sound, di luar Maryland, Amerika Syarikat.



Ikan itu terkenal dengan suka mencuri umpan, tetapi amat sukar ditangkap.

Nelayan itu mengakui anak perempuannya mahu menyimpan gigi dan meletakkannya di bawah bantalnya untuk diberikan kepada pari-pari gigi.

"Ia ikan yang sangat menakjubkan kerana dapat menyesuaikan diri dengan apa sahaja makanan.

"Gigi hadapannya boleh menggigit teritip dalam apa sahaja keadaan di dalam air.

"Ia juga mempunyai gigi molar di bahagian atas dan bawah mulut untuk menghancurkan haiwan jenis kerangan.

"Anak perempuan saya mahu menyimpan giginya kerana ia kelihatan seperti gigi manusia," katanya.


Ikan seberat 7.5 kilogram (kg) itu turut memecahkan rekod tangkapan ikan Sheepshead di Maryland pada Ogos 2020 yang hanya seberat 6.4 kilogram

Anehnya, ia sudah mempunyai mata kail di mulutnya sebelum dikenali Brian sebagai miliknya, yang hilang apabila seekor ikan memutuskan tali pancingnya sejam sebelumnya.

"Saya agak teruja mengenainya (pecahkan rekod).

"Saya juga tahu kemungkinan saya dapat memecahkan rekod.

"Keluarga saya juga seronok makan ikan itu. Sheepshead ialah salah satu ikan kegemaran keluarga saya," katanya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 1-10-2023 05:37 PM
Mcm mcm ciptaan Allah.. yg buruk lawa semua ade.. pelikk.. kita je yg selalu tak nmpk kewujudan Allah
Quote FOTHER-MUCKER 1-10-2023 07:54 PM
Kesihan ikan ni tak sempat berevolusi menjadi manusia sepenuhnya!
Quote B40tastePosh 1-10-2023 07:56 PM
Sebab tu jangan buang air mani merata rata.

Quote noor2 1-10-2023 08:11 PM
Muka beliau agak lucu ..
Quote green~tea 1-10-2023 08:50 PM
Seriously, gigi manusia ke tu??

Itu mmg gigi level binatang je tau
Quote CurangLagi 2-10-2023 12:52 AM
Serem pun ada tgk giginya. Hahahhaa
Quote dekmieDandy 2-10-2023 10:45 AM
ikan trigger fish ni kan

kat pulau malaysia pun banyak, penjaga coral
Quote kemaruk 2-10-2023 10:50 AM
Gigi arwah laba dulu lebih kurang camtu ler
Quote epysha 2-10-2023 10:52 AM
kuat rokok ni
Quote B40tastePosh 2-10-2023 11:20 AM
kemaruk replied at 2-10-2023 10:50 AM
Gigi arwah laba dulu lebih kurang camtu ler

Jahatnye kutuk arwah.

Patutnya ko bacakan yasin tiap malam jumaat untuk laba.
Quote shernazz 2-10-2023 01:20 PM
MCM muka Marilyn Manson
Quote rengkah_gunung 2-10-2023 01:54 PM
apakah ikan ini termasuk akibat mutasi limbah kemikel yang terbuang di laot?
Quote kemaruk 2-10-2023 02:01 PM
B40tastePosh replied at 2-10-2023 11:20 AM
Jahatnye kutuk arwah.

Patutnya ko bacakan yasin tiap malam jumaat untuk laba.

Bini pertama laba tiap2 minggu baca yasin untuk arwah.. sekali sekala update status rindu kat arwah

Bini nombor 2 dengarnya dah kawen lain.. dengan negro
Quote venom1 2-10-2023 02:15 PM
ada pari2 datang tak sis
Quote sangbara2020 2-10-2023 02:58 PM
boleh bg cth kat sekolah apa akan jd kalau malas gosok gg

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.506160 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top