CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mark Wahlberg Mahu Terbit Filem Sendiri, Buat Keputusan Bersara Sebagai Pelakon

21-9-2023 09:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1422| Komen: 5

Description: Pelakon Mark Wahlberg memberi bayangan bakal menamatkan kariernya sebagai bintang Hollywood tidak lama lagi.Mark atau Mark Robert Michael Wahlberg, 52, berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bua ...
Pelakon Mark Wahlberg memberi bayangan bakal menamatkan kariernya sebagai bintang Hollywood tidak lama lagi.

Mark atau Mark Robert Michael Wahlberg, 52, berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual yang dibuat secara ekslusif bersama majalah Cigar Aficionado.



Hampir tiga dekad berada dalam dunia lakonan, membuatkan pelakon ini mengambil keputusan mengundurkan diri apatah lagi dia semakin berusia.

Dalam pada itu, Mark Wahlberg juga memberitahu keputusan pengunduran ini tidaklah dilakukan secara mengejut sebaliknya akan beralih arah menjadi seorang penerbit pula.

Mengakui sepanjang 30 tahun berada dalam industri perfileman membuat dia lebih teruja untuk menghasilkan karya berkualiti berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

"Saya memang banyak idea untuk dijadikan filem dan rasanya sekarang adalah masa paling sesuai berbuat demikian," katanya.


Mark Wahlberg mula aktif berlakon bermula pada tahun 1990 dan antara lakonan pertamanya menerusi filem ialah Renaissance Man, kemudian diikuti dengan filem box office lain seperti Planet Of The Apes, The Italian Job, Ted, Deepwater Horizon.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 21-9-2023 10:19 PM
My fav handsome actor
Quote Kentot_Wangi 22-9-2023 08:55 AM
Ak suka dy ni berlakon..
Quote Page88 22-9-2023 06:02 PM
Would like to see his movie.
Quote FightNore 1-10-2023 05:49 PM
A unique and exquisite charm. Undoubtedly one of a kind Fun Games
Quote apedehal 11-10-2023 10:47 AM
Takyah la bersara.
Chuol one of my fav actor

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.159508 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top