CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Foto Dalam Kelab Malam Tersebar, Netizen Anggap Seungri Tak Serik Masuk Penjara

12-9-2023 10:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1970| Komen: 2

Bekas anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat susulan penularan foto mirip dirinya berada dalam sebuah kelab malam tersebar.

Ramai beranggapan Seungri masih belum insaf selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dia pernah menerima hukuman penjara sebelum ini.



Susulan penularan foto itu, peminat kembali mengungkit kes melibatkannya sebelum ini selain dia menjadi punca kumpulan Big Bang terkubur akibat sikapnya.

Sebelum ini, Seungri pernah didakwa atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pelacuran, pengedaran dadah di sebuah kelab elit iaitu Burning Sun yang turut memperlihatkan dia memegang jawatan sebagai pegawai eksekutif ketika itu.

Pada Ogos 2021, bekas anggota Big Bang ini dihadapkan ke mahkamah atas sembilan pertuduhan termasuk mengatur perkhidmatan pelacuran bagi pelabur-pelabur serta terlibat dalam perjudian antarabangsa.


Seungri atau Lee Seung Hyun, 32, didapati bersalah atas semua kesalahan tersebut dan dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun.

Bagaimanapun rayuan yang dibuat di mahkamah telah mengurangkan hukuman kepada 18 bulan penjara dan dibebaskan pada Februari lalu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laicibiru 22-9-2023 01:52 PM
peminat penjenayah ni cakap heols suci macam bayi tau. Itu semua konspirasi orang nak jatuhkan heols katanya.

Padahal benda dah masuk mahkamah, but his fans’ stupidities are limitless
Quote Page88 22-9-2023 06:07 PM
This guy is nothing but trouble.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035953 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top