CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Clooney Jual Villa RM500 Juta Sebab Rimas

11-9-2023 09:50 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3470| Komen: 6

Description: Aktor George Clooney dikhabarkan bakal menjual sebuah villa mewah miliknya yang terletak di Itali dengan harga sebanyak AS$107 juta (RM500 juta).Menurut laporan Page Six, pelakon filem Batman and Robi ...
Aktor George Clooney dikhabarkan bakal menjual sebuah villa mewah miliknya yang terletak di Itali dengan harga sebanyak AS$107 juta (RM500 juta).

Menurut laporan Page Six, pelakon filem Batman and Robin itu mengambil keputusan untuk menjual villa tersebut kerana berasa rimas apabila kediamannya sering menjadi sasaran lensa kamera paparazzi.



Menurut sumber terdekat kepada pelakon berusia 62 tahun itu, Clooney dan isterinya, Amal Clooney amat menggemari suasana dan persekitaran villa tersebut kerana dikelilingi tasik yang indah.

Bagaimanapun, dia tidak dapat hidup dengan tenteram setiap kali bercuti di villa tersebut pada musim panas kerana sering diekori paparazzi sehingga membuatkannya rimas.

Bagaimanapun, Clooney dan isterinya masih berkunjung ke villa yang dibeli pada harga AS$10 juta (RM46 juta) itu untuk menghabiskan masa cuti mereka sementara menunggu individu yang mahu membelinya.



Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-9-2023 11:09 AM
Rumah beso tapi duduk berdua je tak sunyi kah? Eh suka hati depa le .. ekekekeke
Quote intan244 11-9-2023 12:06 PM
beli 10 juta jual 107 juta. wuyo
Quote Kentot_Wangi 11-9-2023 02:21 PM
Pak George, ejas sjuta dua... Nak gak jd jutawan. Hahahaha
Quote alesandra 11-9-2023 02:50 PM
Mmg manjang je jadi tumpuan.aku follow ada satu channel walking tour pegi lake como ni mmg dia tunjuk la rumah nya.bot2  tourist lalu lalang pun masing2 sua camera kt villa tu.
Quote iolss 11-9-2023 04:12 PM
xde ke gambo rmhnya ... lawa sgt ke..
Quote Page88 19-9-2023 06:51 PM
No one cares at this point.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.043456 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top