CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tiri Cabul Anak Tiri Berulang Kali Ketika Isteri Sedang Berpantang Lepas Beranak

1-9-2023 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1573| Komen: 2

Description: Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Sekupang, Kota Batam, Indonesia didakwa mencabul anak tirinya, 13, ketika isterinya baru sahaja melahirkan anak.
Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Sekupang, Kota Batam, Indonesia didakwa mencabul anak tirinya, 13, ketika isterinya baru sahaja melahirkan anak.

Ketua Polis Sekupang, Pesuruhjaya Polis Z.A. Christopher Tamba berkata, kes tersebut sampai ke pengetahuan pihak berkuasa selepas mereka mendapat laporan daripada keluarga mangsa.


Gambar Hiasan

“Unit Siasatan Jenayah Polis Sekupang menahan saspek selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa. Pelaku ditahan di kawasan Sekupang pada Selasa.

“Mangsa dicabul ketika ibu kandung mangsa baru melahirkan anak. Mangsa mengadu kepada ibu saudaranya dan memberitahu dia telah dicabul berulang kali oleh ayah tirinya.

“Amang seksual itu dilakukan sebanyak enam kali. Lima tindakan cabul dilakukan pelaku di Pantai Cipta Land, Sekupang dan satu lagi di rumah ketika ibunya sedang tidur,” ujarnya.

Siasatan mendapati, mangsa diajak untuk berjalan-jalan dan selepas dicabul, si pelaku memberikan wang saku kepada mangsa supaya merahsiahkan perbuatan terkutuk berkenaan.


Mangsa turut memberitahu, dia pertama kali dicabul pada awal 2023. Perbuatan bapa tirinya itu turut dilihat oleh adik tiri mangsa yang berusia empat tahun.

“Mangsa mengakui dia dicabul buat pertama kali di Pantai Cipta Land pada awal 2023 dan terakhir di rumahnya. Malah perbuatan keji bapa tirinya itu turut diketahui oleh adik tirinya yang masih berusia empat tahun.

Disebabkan kejadian tersebut, mangsa mengalami trauma.

"Mangsa trauma akibat perbuatan pelaku. Mangsa kini di bawah jagaan Perlindungan Perempuan Dan Anak di Kota Batam," katanya.
Selepas penahan pelaku, polis turut merampas bahan bukti iaitu sepasang pakaian dan seluar dalam milik mangsa serta surat beranak. Pelaku didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun. -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 1-9-2023 12:13 PM
Huntong lah anak tiri beruang..
Quote slyfynx 1-9-2023 12:45 PM
jenuh aku pikir nape die nak cabul beruang

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.118579 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top