CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terkini Banjir Lumpur: Jalan Lama KL-Bentong Dibuka Hari ini -JKR

12-11-2015 01:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35496| Komen: 153|Original author: ultra78

Description: Satu kejadian banjir lumpur di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang-Bukit Tinggi berlaku kira-kira 7 malam tadi.

**Dikemaskini : 13/11/2015, 2:58pm, Jumaat


Laluan alternatif kedua iaitu jalan lama Kuala Lumpur - Bentong dibuka kepada orang ramai berikutan penutupan Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak akibat banjir lumpur sejak semalam.


"Laluan alternatif kedua iaitu daripada Bentong ke Kuala Lumpur dengan menggunakan jalan lama Persekutuan FT 068 (KL-Bentong).


"Kenderaan daripada Persimpangan Bertingkat Bentong boleh menggunakan laluan alternatif berkenaan untuk menuju ke Kuala Lumpur, manakala bagi kenderaan dari Kuala Lumpur pula perlu melalui jalan gombak menuju ke Jalan Bentong lama," kata kenyataan itu.


Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia adalah laluan alternatif kedua yang disediakan.


Baca selanjutnya: AstroAwani



Oleh : Dean BZ



**Dikemaskini : 12/11/205, 4:55pm, Khamis


Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Mansor Mohd Noor memaklumkan, banjir lumpur dijangka berlaku sekiranya hujan dalam tempoh terdekat.


Beliau menasihatkan pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak untuk tidak menggunakan lebuhraya tersebut buat masa ini.


"Saya berharap penduduk sekitar tidak menggunakan lebuhraya ini kerana dikhuatiri banjir lumpur akan berlaku sekali lagi sekiranya hujan," katanya pada sidang media banjir lumpur Kuala Lumpur-Karak di sini, hari ini.


Beliau turut menasihatkan pengguna yang merancang menggunakan laluan ke arah Kuala Lumpur atau Kuantan untuk menggunakan jalan alternatif lain seperti Simpang durian-Kuala Kelawang-Seremban atau Jalan Temerloh-Kl atau Bera-KL.


Sumber - astro awani




**Dikemaskini : 12/11/205, 1:06am, Khamis



Satu kejadian banjir lumpur menyebabkan tanah runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang-Bukit Tinggi berlaku kira-kira 7 malam tadi.


"Kesemua laluan terhalang, trafik sesak kedua arah. Patuhi arahan pegawai bertugas," dipetik dari Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).



Pengguna lebuhraya disarankan menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangan Genting Sempah.


Memetik dari astroawani, empat kenderaan yang tertimbus di kawasan banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada petang Rabu telah berjaya dikeluarkan.



Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, PPJB Morni Mamat berkata lapan penumpang yang pada awalnya terperangkap dalam kenderaan terbabit turut berjaya diselamatkan.



Tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini katanya. 


Dibawah ini adalah gambar-gambar semasa kejadian banjir lumpur di lebuhraya Karak-KL yang dikongsikan oleh nitizen di laman media sosial.




Dimusim hujan ini, penulis ingin mengingatkan pengguna jalanraya supaya merancang perjalanan sebaik mungkin. Jika boleh, elakkan memandu dalam keadaan hujan lebat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. - CARI Infonet.


3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aku_best 11-11-2015 08:19 PM
Teruk jugak tu..
Quote ultra78 11-11-2015 08:24 PM





Quote edoraixora 11-11-2015 08:25 PM
Edited by edoraixora at 11-11-2015 08:26 PM

Lagi pic kejadian
Quote Ipo 11-11-2015 08:30 PM
teruk landslide kali ni..
hujan lebat tak henti2..
kesian kereta yang tertimbus tu...
Quote aechae 11-11-2015 08:31 PM
ingt nk wassap uols suh buka tred td.....tp mcm ada telepati gtu dh kn
Quote skystrike 11-11-2015 08:36 PM
first time aku dengar tanah runtuh kat highway karak...mesti hujan lebat sangat ni..
Quote kucen_miang 11-11-2015 08:47 PM
Kwn aku baru jer lps jln tu dari kl pukul 7 td.syukur selamat.
Quote edoraixora 11-11-2015 08:48 PM
Edited by edoraixora at 11-11-2015 08:56 PM
edoraixora replied at 11-11-2015 08:25 PM
Lagi pic kejadian


Update terkini

Jalan lama pun x boleh lalu, ade pokok tumbang
Quote jengkoil 11-11-2015 08:49 PM
skystrike replied at 11-11-2015 08:36 PM
first time aku dengar tanah runtuh kat highway karak...mesti hujan lebat sangat ni..

Kali kedua iols dengaq kat area ni....

http://mforum2.cari.com.my/forum ... read&tid=720835

Mod spidey baru form 3 time tu.......]
Quote Innrukia 11-11-2015 08:50 PM
moga semua selamat
Quote edoraixora 11-11-2015 08:54 PM
UTK INFO Bole call BP Bukit Tinggi 092330222 / LPT 095479111 /GERAKAN IPK PHG 095151999/IPD BENTONG 092222222
Quote Mary_jane 11-11-2015 08:59 PM
Moga dipermudahkan urusan kalian semua.
Quote protonpersona 11-11-2015 09:09 PM
IMG-20151111-WA0023.jpg IMG-20151111-WA0017.jpg IMG-20151111-WA0021.jpg IMG-20151111-WA0023.jpg IMG-20151111-WA0019.jpg IMG-20151111-WA0020.jpg IMG-20151111-WA0022.jpg
Quote mommymonster82 11-11-2015 09:12 PM
Innalillahhh..
Moga xde yg terkorban..
Quote Suchi 11-11-2015 09:19 PM
mimpi ngeri yg menakutkn
baru2 ni baru je tgk rancangan detik ngeri ke apatah kt tv3
cerita pasal tanah runtuh kt genting sempah masa terowong ade satu je tu.
smpai skrg kalo blk kg mst risau time ujan lebat takut sgt mende2 gini jd..
iols org pahang haruslah  mmg lalu sini nk blk kg.
Quote delawang 11-11-2015 09:21 PM
Isunya ada kemalangan jiwa yak..
Quote clarizsa 11-11-2015 09:23 PM
oh my... menakutkan....
moga xde yg terkorban...
Quote lostnfaun 11-11-2015 09:31 PM
Jalan mana lg bole guna yer?
Quote otomen_taro 11-11-2015 09:32 PM
propose buat soil nail ngn geneting lar

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.502802 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top