CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengantin Lelaki Terlebih Semangat, Pecahkan Meja Akad Nikah

16-7-2023 07:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 620| Komen: 2

Description: Jakarta: Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang pengantin lelaki secara tidak sengaja memecahkan meja kaca yang digunakan semasa upacara akad nikah, lapor laman b ...
Jakarta: Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang pengantin lelaki secara tidak sengaja memecahkan meja kaca yang digunakan semasa upacara akad nikah, lapor laman berita Suara.com semalam.


Berdasarkan video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @undercover.id, sesi akad nikah itu pada awalnya kelihatan tenang dan lancar.


Namun, selepas pengantin lelaki selesai membaca lafaz kabul sambil memegang tangan wali, dia menghempaskan tangannya ke atas meja kaca dengan bersemangat.

Hentakan itu menyebabkan kaca pada meja tersebut pecah dan mengejutkan orang ramai.

Pengantin lelaki tersebut bagaimanapun kelihatan ketawa selepas acara itu selesai.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Selepas akad nikah suruh dia ganti kaca meja itu,” kata seorang netizen.

“Mas kahwin 300,000 rupiah (RM90), ganti meja 650,000 rupiah (RM196),” komen netizen lain secara berseloroh. – Agensi



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 17-7-2023 11:39 AM
Masak bini tu kalau dihentak..
Quote chiyoasuka 27-7-2023 11:16 PM
excited sgt tu ahhaha

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.053143 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top