CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Majikan Menghilang, Pekerja Restoran Turunkan Harga Menu Demi Gaji Tertunggak

16-7-2023 12:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1003| Komen: 15

Description: Petaling Jaya: Pekerja salah sebuah restoran makanan Thai di Kuala Lumpur mendedahkan pihaknya buntu mencari jalan penyelesaian demi mendapatkan gaji yang tertunggak setelah majikan mereka dipercayai ...
Petaling Jaya: Pekerja salah sebuah restoran makanan Thai di Kuala Lumpur mendedahkan pihaknya buntu mencari jalan penyelesaian demi mendapatkan gaji yang tertunggak setelah majikan mereka dipercayai menghilangkan diri.


Perkara itu didedahkan menerusi akaun Tik Tok restoran terbabit sejak semalam dan mendapat tontonan lebih 219,000 setakat ini.

Gambar hiasan

“Sempena bos dah lari, pihak pusat beli-belah menawarkan bantuan dengan tidak mengenakan sewa satu hingga dua bulan.

“Jadi, kami turunkan harga menu supaya orang datang makan. Jom bantu kami dengan makan di sini.

“Banyak (makanan) yang sudah tiada, semua menu turun harga sebab nak cari duit gaji. Boleh ke hendak tampung RM96,000 dalam masa singkat?

“Kedai pun ‘slow’ sekarang. Beli barang masak kat pasar, guna duit jualan tunai nak pusing buat untung dapatkan gaji,” tulisnya menerusi video berkenaan.


Sehubungan itu, pekerja restoran berterima kasih kepada pihak pengurusan yang membantu setelah majikan mereka lepas tangan dan menghilangkan diri.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa pekerja restoran berkenaan selain memberitahu akan singgah makan di premis tersebut kelak.

“Nanti kami singgah insya-Allah tunggu gaji masuk, selalu nampak kedai ini tapi tak pernah masuk sebab anak-anak tidak pandai makan makanan Thai,” tulis bykakbell.

“Dah dua kali pergi, memang tiada orang tapi makanan sedap. Perkhidmatan pun okay,” kata Nabellanajib. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 16-7-2023 12:15 PM
Kenapa tak guna je duit jualan tu sebagai gaji?
Quote eyansss 16-7-2023 03:26 PM
Binodino: Kenapa tak guna je duit jualan tu sebagai gaji?


kan…  dah la boss hilang pastu ko memandai buat camni…  ke nak tarik simpati je sebab kan banyak je marketing bengap - orang tempan riban2 order dari aku tapi sampai hilang - help please…  euw…
Quote OshinDaSolja 16-7-2023 05:28 PM
majikan/boss tu org mana...pattani ke local
Quote Lolalala 16-7-2023 07:15 PM
Apa nama kedai?
Quote nakkomenjugak 16-7-2023 11:29 PM
orang kalau dah stop gaji tu
ko pun patut stop datang keje
Quote Sazreena 17-7-2023 10:48 AM
Bagi la tau nama restoran...kata nak mintak sapot.
Quote Lagubestbest 17-7-2023 10:58 AM
Binodino replied at 16-7-2023 12:15 PM
Kenapa tak guna je duit jualan tu sebagai gaji?

depa tanak kedai tu lingkup kot. nanti kang susah nak cari kerja lain.
Quote Binodino 17-7-2023 11:04 AM
Lagubestbest replied at 17-7-2023 10:58 AM
depa tanak kedai tu lingkup kot. nanti kang susah nak cari kerja lain.

Untungla majikan kalau pekerja buat macam tu. Bila bisnes dah buat untung baru majikan bangkit dari kuburan lepas tu flex sana sini lavish lifestyle. Walaupun sebenarnya pekerja tu yang susah payah pastikan bisnes tu hidup tapi majikan tak reti2 nak hargai nak up gaji pekerja.
Quote KamikuP 17-7-2023 02:50 PM
Apa nama kedai tu samdol?
Quote piro77 17-7-2023 07:04 PM
KamikuP replied at 17-7-2023 02:50 PM
Apa nama kedai tu samdol?

Tak ingat apa Thai entah, dorang cakap pakcik kpd arief yong tu punya. Dia pun ada share sama2
Quote lattehazelnut 17-7-2023 08:14 PM
Edited by lattehazelnut at 17-7-2023 08:15 PM

Klau majikan lari knp kau nk continue kje?
Jual je brg2 restoran tu..
Kau ingat ni mcm jual air cincau masa hari sukan ke?
Bukan hari2 untung.. kne ade cash nk rolling duit..
Quote anony-mous 18-7-2023 03:21 AM
Lagubestbest replied at 17-7-2023 10:58 AM
depa tanak kedai tu lingkup kot. nanti kang susah nak cari kerja lain.

Klau f&b ni byk je kosong. Lg2 dkt mall mcm ni. Byk xlogik dari logik kes ni
Quote Zeatyisaac 24-7-2023 01:30 PM
eyansss replied at 16-7-2023 03:26 PM
kan…  dah la boss hilang pastu ko memandai buat camni…  ke nak tarik simpati je sebab kan banyak ...

Dia rolling duit tu untuk dapatkan keuntungan 96K bagi bayaran gaji. Duit yang ada mungkin tak cukup, mana tahu bila bahagikan gaji,.dapat beberapa belas.ringgit je sorang. Sementara pihak pengurusan tak kenakan bayaran sewa, so, niagalah dulu.
Quote hasniey 26-7-2023 08:50 AM
Binodino replied at 16-7-2023 12:15 PM
Kenapa tak guna je duit jualan tu sebagai gaji?

Dia mmg nak guna duit jualan utk gaji tertunggak.tp agaknya duit jualan yg sedia ada xcukup sbb kedai ni mahal jgk.xramai customer
Tu yg turunkan harga,so dgn harapan 2 bulan ni ramai customer then diorg boleh la bagi2 duit tu sesama staff
Xsilap ai barang2 dlm tu xboleh jual sbb mall xbg jual.xsure la sbb bos diorg xbyr sewa ke apa
Quote chiyoasuka 27-7-2023 11:17 PM
mcm mana la boss boleh lari

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.045135 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top