CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rakan Sepejabat 'Terpaling Kampung', Tegur Tak Nak Jadikan Menantu Sebab Kupas Buah Guna ‘Peeler’

15-7-2023 08:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1428| Komen: 20

Description: Seorang wanita meluah rasa terkilan dan kecewa apabila dipandang sinis seorang wanita lanjut usia yang menegurnya kerana tidak mengenali sesetengah barangan dapur."Ada sekali tu dia judge aku sebab ak ...
Seorang wanita meluah rasa terkilan dan kecewa apabila dipandang sinis seorang wanita lanjut usia yang menegurnya kerana tidak mengenali sesetengah barangan dapur.

"Ada sekali tu dia judge aku sebab aku cakap aku suka peeler (pengupas) kalau nak kupas buah. Dia bebel cakap kena belajar pakai pisau sebab macam mana kalau rumah mak mentua tak ada peeler.



Gambar hiasan

"Aku jawab la kalau tak ada peeler, aku pergi la beli sendiri. Hidup ni mudah je, kau tu je yang suka judge orang," tulis wanita itu melalui satu ciapan di Twitter.

Perkongsian wanita itu merupakan ciapan balas kepada satu perbincangan tular di Twitter yang menyentuh soal kebolehan seseorang untuk mengenal pasti barangan dapur di pasaraya.




Warga maya lain pula mengatakan tindakan makcik itu adalah tidak wajar kerana gaya hidup masa kini sudah bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Warga maya lain pula sempat memberikan tip tentang cara untuk menjadi cekap membeli barang dapur.



"Saya lebih berminat beli barang dapur di kedai Aceh (kedai runcit) sebab kalau apa-apa tak tahu boleh je terus tanya tuan kedai tu, mereka biasa sporting dan sedia untuk membantu. Kadang tu mereka carikan terus untuk kita.

"Tapi itu la kedai aceh ni kadang dia main letak je harga tinggi ikut suka dia. Kalau pasaraya pula, ada label dan senang kita nak mencari barang. Tapi kena 'tawaf' sikit la pasaraya sebesar-besar alam tu.

"Jadi terpulang kepada masing-masing selesa nak beli barang dapur di mana, asalkan jangan kecundang salah beli barang sudah, menjawab nanti dengan isteri," kata sebahagian warga maya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 16-7-2023 02:13 AM
Ni antara contoh mak mertua b40 vs menantu m40. Mmg xsesuai sbb pemikiran xngam
Quote Supersirap 16-7-2023 08:47 AM
Benda kecil nak diperbesarkan, chill la
Quote Beribear 16-7-2023 10:07 AM
Benda mcm ni pon nak debat. Tak perlu kot. Kalau t20, m20 atau b40 sekali pon bincangkan isu ni nampak sgt lah fikiran korg tu tahap yg sama je
Quote opie5662 16-7-2023 11:03 AM
Hahahgaa... Mcm makcik laki aku. Dok borak2 pasal ayam yg dah potong2 kat kedai. Kemain die kutuk org tak pandai potong ayam sbb die potong ayam sendiri... Tak suruh org kedai.

Bende senang ade... Tp menyusahkan diri nk buat ape... Bongok.
Quote hashashes 16-7-2023 11:11 AM
Nenek aku yang dah arwah tu pun kupas kentang guna peeler
Quote SedihPedih 16-7-2023 02:26 PM
Acik tu mmg suka judge..kau tera mcmana pun tetap dia cari ape benda kau x reti utk dibahankan. Biarkan aja dia melingkup sorang.
Quote Meiizu 16-7-2023 03:11 PM
opie5662 replied at 16-7-2023 11:03 AM
Hahahgaa... Mcm makcik laki aku. Dok borak2 pasal ayam yg dah potong2 kat kedai. Kemain die kutuk or ...

Aku suka pi pasar basah..memang org tu tanya nak potong 8 ke 12 ke ..20pun dia layan ahhah senang kan hidup kita.
Potong kat rumah mau terpercik dinding & sinki
Quote esbok 16-7-2023 06:47 PM
Meiizu replied at 16-7-2023 03:11 PM
Aku suka pi pasar basah..memang org tu tanya nak potong 8 ke 12 ke ..20pun dia layan ahhah senang  ...

Kekadang daku ke pasar, otak melayang-layang. Bila brader potong ayam tanya nak potong berapa, daku terus lupa berapa kerat dah selalu daku order, daku jawab gini je "potong kecik, nak buat sup ayam" mujur brader ayam tak judge
Quote TomyamPuteh 16-7-2023 09:03 PM
Arwah ayah aku dulu terer kupas mangga pakai parang yg besar tu. Cantik pulak kupasan dia tu.
Quote AcikCleaner 16-7-2023 10:11 PM
esbok replied at 16-7-2023 06:47 PM
Kekadang daku ke pasar, otak melayang-layang. Bila brader potong ayam tanya nak potong berapa, dak ...

Pekerja pasar basah rumah i pun diorg yg akan potong & bersihkn ayam siap²..kalo aku tetiba blur tak tau nak cakap potong berapa diorg akan tanya nak masak apa pastu dia akan potong ikut kesesuaian kita nak masak
Quote kucingitam 17-7-2023 01:48 PM
kalau acik tu tanya aku, kat rumah mertua takde peeler mcmana..aku jawab..kalau takde peeler, aku tak kupas la...biar mertua kupas sendiri.. hidup ni mudah, buat apa nak susah2...ahahah
Quote ally9970 17-7-2023 03:03 PM
Benda mcm tu pun nak share dgn satu dunia...
Quote Prickford 17-7-2023 03:22 PM
Kenapalah makcik ni tak jumpa aku ek. Seronok buat gaduh ni.
Quote seri_mawr 17-7-2023 03:37 PM
pasal kupas kulit pun jadi isu kah...??

asal berkupas sudah.....

mcm2 hal la...bnyk betul masa nak heboh hal2 remeh....
Quote bynroslan 17-7-2023 04:03 PM
arwah mak aku membesar kat kampung gak, zaman 70-80an lagi dah pakai peeler, siap belikan untuk mertua dia lagi. rilekkkkkkkkkkkkkkk je
Quote chikumanis 17-7-2023 04:09 PM
kupas kentang pakai pisau, tak senipis peeler. tak caya, buat laaaaa...
Quote chentadearhati 17-7-2023 04:28 PM
daku kupas buah & kentang pakai peeler la. Tak kan tak pakai kata beli sampai dkt swiss sana nun cap victorinox hoccay
Quote jazaa100 19-7-2023 12:41 AM
Ada ke rumah yg tak de peeler?...
Sama lah mcm rumah tak de pisau
Quote TabletSusu 20-7-2023 04:55 PM
kucingitam replied at 17-7-2023 05:48 AM
kalau acik tu tanya aku, kat rumah mertua takde peeler mcmana..aku jawab..kalau takde peeler, aku ta ...

hahahah.. kannn.. senang citer. esok2 keluar jln2 beli je buah2 potong tu.. lg senang nak mkn

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.120429 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top