CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isteri 'Kantoi' Curang, Siap ‘Check In’ Hotel Di Madinah Dengan Suami Orang Lain

15-7-2023 03:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5243| Komen: 0


Seorang suami berasal dari Sabah mendedahkan kecurangan isterinya bersama dengan seorang lelaki bergelar doktor ketika sama-sama bertugas di Mekah anjuran Tabung Haji pada tahun lalu.

Edwind Hiew telah memuat naik banyak gambar di Facebook berserta bukti mesej perbualan isterinya, Aini bersama lelaki tersebut yang juga sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Menerusi tangkap layar mesej tersebut doktor berkenaan telah memulakan perbualan beberapa kali dengan bertanya apa yang sedang dilakukan wanita itu.



Lama kelamaan, mereka semakin selesa berbual sehinggalah pada penghujung Julai tahun lalu, doktor bernama Habir itu mengakui sudah jatuh cinta kepada isteri Edwind itu.

Kedua-dua mereka juga berkali-kali makan bersama dan pada tarikh 9 Ogos, Habir dan Aini telah melakukan perkara terkutuk ketika berada di Madinah.


Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Edwind, isterinya dan doktor itu telah mendaftar masuk sebuah hotel mewah di Madinah  selama 3 hari 2 malam tanpa pengetahuan pihak Tabung Haji.

Perkongsian Edwind meraih perhatian ramai warganet selepas dia meminta bantuan warganet untuk mendapatkan maklumat lokasi tempat tinggal atau pejabat lelaki itu dan isterinya.

Laporan polis juga telah dibuat olehnya bagi tujuan tindakan mahkamah, pihak Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan agar mengenakan tindakan tatatertib terhadao doktor berkenaan.


Sumber: Beautifulnara







Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.094313 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top