CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua kapal berlanggar, 100 metrik tan minyak tumpah

2-7-2013 05:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2927| Komen: 3

Description: SINGAPURA 2 Julai - Kira-kira 100 metrik minyak tumpah ke laut apabila dua buah kapal kargo berlanggar kira-kira 6.6km di barat daya terminal feri Tanah Merah di sini.
SINGAPURA 2 Julai - Kira-kira 100 metrik minyak tumpah ke laut apabila dua buah kapal kargo berlanggar kira-kira 6.6km di barat daya terminal feri Tanah Merah di sini.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menerima laporan kejadian itu 5.30 pagi ini.

MPA berkata kejadian itu menyebabkan satu daripada tangki kapal Oriental Pioneer yang berdaftar di Korea Selatan itu rosak dan kira-kira 100 metrik tan minyak bahan bakarnya tumpah.

Sebaik dimaklumkan, MPA menghantar kapal peronda untuk menangani tumpahan minyak itu.

Syarikat respons tumpahan minyak juga diaktifkan bagi menambah kapal peronda dengan 10 kapal peronda dan antipencemaran digerakkan bagi membersihkan tumpahan itu.

Kerja-kerja pembersihan masih berterusan dan MPA sedang menyelaras pembersihan itu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan pemilik-pemilik kapal.

Kedua-dua kapal yang terbabit dalam insiden itu kini berlabuh dengan selamat.

MPA telah mengeluarkan hebahan kepada kapal-kapal supaya belayar dengan berhati-hati berdekatan kawasan insiden itu.

Tiada laporan kecederaan manakala operasi pelabuhan berjalan lancar dengan trafik di pelabuhan dan Selat Singapura tidak terjejas.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chique 2-7-2013 04:33 PM
macam mana boleh berlanggar, ada details tak?
Quote izamahmed 2-7-2013 04:35 PM
tak tau la. kan kapal tu kira2 20km/j je kan.
aku teka je
Quote kambeng_masam 3-7-2013 02:28 AM
time gawat gini tentu oil spill response team dari malaysia pun akan pi jugak kot.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.041984 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top