CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

‘Tiktoker’ Terkenal Didakwa Perdaya Orang Tua, Minta RM1,800 Untuk ‘Review’ Makanan

3-7-2023 12:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1023| Komen: 11

Description: Seorang wanita berasa tertipu apabila perlu membayar RM1,800 untuk sebuah ‘review’ daripada seorang pempengaruh terkenal.Menurut hantaran @alinkiwi di laman TikTok, pempengaruh tersebut mendekati ay ...
Seorang wanita berasa tertipu apabila perlu membayar RM1,800 untuk sebuah ‘review’ daripada seorang pempengaruh terkenal.

Menurut hantaran @alinkiwi di laman TikTok, pempengaruh tersebut mendekati ayahnya dan memperkenalkan diri sebagai seorang ‘TikTok famous’ dan mahu membuat kandungan di TikTok mengenai makanan di restoran milik bapa wanita tersebut.



“Ayah saya memang ada restoran. Jadi, ada seorang TikToker yang datang dan hendak buat ‘review’ makanan.

“Ayah saya cakap boleh, silakan buat ‘review’. Kami faham, jika ada restoran yang menyediakan makanan yang sedap, pasti ada pempengaruh yang akan datang untuk buat ‘review’ makanan,” katanya.

Bagaimanapun, pempengaruh tersebut meminta bayaran sebanyak RM1,800 sebagai upah untuk ‘review’ makanan tersebut.

“Apabila ayah saya tanya mengapa kena bayar, katanya untuk dia ‘viralkan’ (tularkan) di TikTok. Selepas itu, ‘TikToker’ tersebut memberikan ‘diskaun’ dan menurunkan harga kepada RM1,500.


“Dia (pempengaruh) tidak sepatutnya minta duit untuk buat ‘review’. Selalunya, pelanggan sedia ada yang datang akan viralkan (tularkan) sendiri,” katanya.


Menurut wanita itu, restoran bapanya sebelum ini pernah didatangi beberapa orang pempengaruh tetapi mereka tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk membuat kandungan di platform mereka sendiri.

“Saya sendiri tidak pasti berapa ‘followers’ pempengaruh tersebut, tetapi memang tidak masuk akal jika dia tiba-tiba mendekati ayah saya dan menyuruhnya bayar RM1,800 untuk satu ‘review’.

“Lagipun, saya juga seorang ‘TikToker’. Saya tahu ‘followers’ saya tak ramai tetapi saya boleh buat ‘review’ kedai makan ayah saya sendiri,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 3-7-2023 01:11 PM
spill the name pleaseeee
Quote imransulaiman 3-7-2023 02:13 PM
Bagi je nama.. Hint ke.. Tak pun bagitau nama restoran ayah awak. Dah viral ni mesti orang nak datang. Daripada suruh toktok-er tu!

Minta bayaran...lepas tu makanan semestinya nak free. Baik tak payah!
Quote krustykrab 3-7-2023 02:42 PM
Tah² saja nk viralkn restoran pak dia
Quote iolss 3-7-2023 05:50 PM
so ayah hang byr ke x?? tu je soalan i.
Quote hudalarva 3-7-2023 07:27 PM
spill the name or hasanah
Quote aciksenah 4-7-2023 01:17 PM
krustykrab replied at 3-7-2023 02:42 PM
Tah² saja nk viralkn restoran pak dia

Ada yang charge sampai 15K tau..untuk food review. Jangan terkejut.
Quote AcikCleaner 4-7-2023 08:17 PM
aciksenah replied at 4-7-2023 01:17 PM
Ada yang charge sampai 15K tau..untuk food review. Jangan terkejut.

Yeke? Sape pempengaruh yg cas mahei² tu?
Quote aciksenah 5-7-2023 09:50 AM
AcikCleaner replied at 4-7-2023 08:17 PM
Yeke? Sape pempengaruh yg cas mahei² tu?

Ntah..tak pasti. Tapi I ada masuk group seller tiktok. Diorang la spill the tea. Ada yang follower baru beberapa ribu pun dah charge RM 1000. Baru je bincang beberapa hari lepas pasal ni. Sebab tu ramai suka buat benda pelik2 semata2 nak jadi famous, peppengaruh. Banyak kot payment diorang dapat.

Quote putriTS 7-7-2023 04:16 PM
aciksenah replied at 5-7-2023 09:50 AM
Ntah..tak pasti. Tapi I ada masuk group seller tiktok. Diorang la spill the tea. Ada yang follower ...

Haha...followers brp ribu pun dah feeling influencer eh. My daughter yg darjah 3 pun ada tiktok acc, follower pun dah nak 2 ribu gak. Youtube acc dia pun follower dah 1.5k. View pun dah puluh2 ribu view. Tak paham aku.
Quote aciksenah 10-7-2023 09:47 AM
putriTS replied at 7-7-2023 04:16 PM
Haha...followers brp ribu pun dah feeling influencer eh. My daughter yg darjah 3 pun ada tiktok ac ...

Kalau youtube video dah lebih 1K follower, dah boleh monetize tu.

Quote chiyoasuka 28-7-2023 02:04 AM
rasa2 siapa?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046070 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top