CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ibu Virgoun Tuduh Bekas Menantu Tamak Haloba, Setiap Bulan Dapat RM800 Je Dari Inara

13-6-2023 07:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1096| Komen: 13

Description: Ibu kepada penyanyi Virgoun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bekas menantunya, Inara Rusli dalam satu temu bual bersama Intens Investigasi.Dedah Eva Murung, wang bulanan yang diberikan kepadany ...
Ibu kepada penyanyi Virgoun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bekas menantunya, Inara Rusli dalam satu temu bual bersama Intens Investigasi.

Dedah Eva Murung, wang bulanan yang diberikan kepadanya sedikit selain menuduh Inara tidak pandai mengurus kewangan.



IG

Katanya lagi, wang diberikan Inara sebanyak 2.7 juta rupiah (RM840) tidak cukup untuk menampung kehidupannya di Jakarta.

Tambahnya, Virgoun akan memberikan wang setiap bulan kepada Inara sebanyak 70 juta rupiah (RM2,177) namun enggan ‘bersedekah’ duit tersebut kepada yang memerlukan.

Dia turut meminta agar bekas menantunya itu tidak terlalu tamak haloba dan menggunakan semua wang diberikan Virgoun untuk dirinya sahaja.

Eva turut merungut kerana hanya diberikan 500,000 ribu rupiah (RM155) ketika perayaan Krismas.

Bagaimanapun, Inara tampil membela diri dan berkata wang yang diberikan kepadanya itu adalah mengikut persetujuan dibuat sebelum ini.


Ketika ini, di Indonesia sedang hangat berlaku perbalahan di antara kakak serta ibu Virgoun bersama dengan bekas isterinya sejak tular tentang pendedahan Inara.






Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 13-6-2023 11:34 PM
Wow.
Terasa byk plk nafkah iols klo pakai rupiah kekekee
Kesian kt inara
Ank sulung lg Kesian.sebijik muka bapak..
Quote azimodin 14-6-2023 12:02 AM
Jap, gorgon bagi 2 ribu kat bini.. pastu bini bagi 800 ke mak gorgon. Aku rasa ok dah tu.. almost 40:60. Mak gorgon kalau rasa2 nak lebih pergi la mintak kat gorgon. Bini gorgon tu dah tentu-tentu la kena spend duit nak bagi cantik. Anggap je la menantu dapat lebih sebab high risk terjangkit std bawaan gorgon
Quote imransulaiman 14-6-2023 12:48 AM
Kenapa Inara perlu bagi duit kat ex MIL dia? Kenapa mak virgoun tak minta duit terus ke anak dia?
Quote jlo 14-6-2023 07:55 AM
pelik lak MIL mintak duit kat menantu
Quote myakayina 14-6-2023 10:11 AM
mintak terus kat anak ko la ..menantu tu dah tentu2 tu nafkah dia.. ada je mak mertua hantu yg gila duit anak , tapi tak pernah nak ingatkan anak sendiri, kau dah bagi duit nafkah anak isteri kau ke belum? nafkah anak isteri dulu baru yg lain2 ye..ikut agama isteri..
Quote ketambangkang 14-6-2023 11:04 AM
mcm muka anak ziela jalil
Quote tipah89 14-6-2023 12:23 PM
satu keturunan mcm hawau. mak kakak perangai cam hawau xreti bersyukor, si virgoun plak napsu kerbau. kesian si bini mentally and physically abused.
Quote intan244 15-6-2023 11:51 AM
mak mentua dia kristian ka. mentua dr neraka gini elok2x la cerai awal2x.
Quote greantea 16-6-2023 10:45 AM
mak ngan anak sama jek perangai.
dasar gorgon
Quote iolss 16-6-2023 05:38 PM
fuh...sjk bila nafkah bini kn bahagi dgn mak mentua? ilmu mn dia pakai..
Quote ina_na 17-6-2023 11:09 AM
Dah la perangai Gorgon Tu hawauu..mak mertua pun hawauuu... Ade ke duit nafkah menantu pun nk.... Cerai je la..dah la lawa si Inara ni x padan langsung gan Gorgon Tu .dah la x ensem kaki langga  pelacur..
Quote Suchi 20-6-2023 09:53 PM
Sikitnya 2k je sebulan kekdahnya artis ye dak.
Tu pun kira kongsi ngn mertua plak haha.
Quote edayildiz 26-6-2023 02:11 AM
baru knl dia ni sejakkk scroll tiktok
buruknya laki she

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.363724 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top