CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Megan Fox Pernah Jadi ‘Pisang’, Sehari Dapat Tip RM92

12-6-2023 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 255| Komen: 0

Description: Bintang Hollywood terkenal Megan Fox membuat pendedahan pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai menjual minuman ‘smoothie’.Aktres seksi berusia 37 tahun itu semasa ditemu bual dalam sebuah ra ...
Bintang Hollywood terkenal Megan Fox membuat pendedahan pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai menjual minuman ‘smoothie’.

Aktres seksi berusia 37 tahun itu semasa ditemu bual dalam sebuah rancangan podcast (audio siar) baru-baru ini berkata, sewaktu bekerja di kedai tersebut, dia terpaksa memakai kostum berbentuk pisang untuk menarik perhatian pelanggan.



IG

“Mujur pada ketika itu tiada siapa mengenali saya.

“Tapi saya bersyukur kerana kebanyakan waktu, saya perlu bertugas di bahagian kaunter pembayaran. Mungkin kerana wajah saya yang jelita lebih menarik perhatian pelanggan,” katanya.

Dek pesona kecantikan semula jadi, aktres Transformers itu juga kerap diberikan tip oleh pelanggannya.

“Setiap hari saya menerima tip sekitar AS$20 (RM92). Jumlah itu sudah cukup besar bagi saya,” jelasnya.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035487 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top