CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Lepas Ibu Dan Bapa Tiri Cuai Cederakan Anak

7-6-2023 08:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 333| Komen: 2

Description: Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu melepaskan suami isteri tanpa dibebaskan atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.Hakim Datuk Ahmad ...
Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu melepaskan suami isteri tanpa dibebaskan atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membuat keputusan itu terhadap S Nagendran dan A Sangeetha yang kedua-duanya berusia 23 tahun selepas mendapati terdapat penduaan terhadap pertuduhan yang dikemukakan.



S Nagendran (kiri) dan A Sangeetha (kanan) dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. - Foto Sinar Harian

Mahkamah menetapkan hukuman ke atas pasangan itu dijatuhkan pada Rabu, namun Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar mengemukakan pertuduhan pindaan.

Kedua-dua tertuduh kemudian mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan seterusnya mohon dibicarakan.


Mengikut kertas pertuduhan, keduanya didakwa mencapai niat bersama bertindak secara cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang berada di bawah pemeliharaan mereka dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah mereka dekat Skudai Villa Apartment, Jalan Aman, Taman Skudai Baru di sini, kira-kira 12.30 tengah malam, 28 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nagendran yang juga bapa tiri kanak-kanak berkenaan dan Sangeetha pula ibu kepada kanak-kanak itu diwakili peguam Tuan Nur Izza Natasha Tuan Rosidi.

Pihak pendakwaan dijangka mengemukakan pertuduhan baharu ke atas dua-dua tertuduh pada Khamis. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-6-2023 10:45 AM
depa buat apa kat ansak tu?
Quote Decaffeinated 8-6-2023 03:20 PM
Pihak pendakwaan dijangka mengemukakan pertuduhan baharu ke atas dua-dua tertuduh pada Khamis.

Macam sial tajuk berita click bait. Ingatkan betul2 lepas, last2 ada tuduhan baru letak ayat pun di hujung artikel.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.042845 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top