CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Beras Kayangan Je Yang Naik Harga' - Mat Sabu

7-6-2023 08:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2591| Komen: 69

Description: Harga beras tempatan ketika ini dijamin kekal pada harga sekitar RM2.60 sekilogram.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga beras putih yang dilaporkan ...
Harga beras tempatan ketika ini dijamin kekal pada harga sekitar RM2.60 sekilogram.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga beras putih yang dilaporkan naik lima peratus itu merujuk kepada beras import yang berkualiti tinggi.


“Sekarang ini heboh mengenai beras putih naik harga lima peratus. Saya beri jaminan yang naik itu hanya harga beras import yang berkualiti tinggi, iaitu untuk makanan orang berada.


FB

“Tetapi untuk orang awam, rakyat Malaysia, keadaan beras adalah terjamin di sekitar RM2.60 sekilogram,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad menjawab pertanyaan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang bertanyakan langkah diambil kementerian untuk menambah baik kedudukan Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) Malaysia dan untuk memastikan bekalan bahan makanan penting seperti telur, gula dan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat.


Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihaknya sedang meningkatkan usaha untuk mencukupkan pengeluaran beras tempatan termasuk melaksanakan ‘Program Smart Sawah’ berskala besar.

“Memang sekarang ini pesawah kebanyakannya dijalankan oleh mereka yang berumur. Dengan konsep berskala besar dan penggunaan teknologi baru, anak muda mula terlibat secara aktif misalnya di Kedah kita lihat pemandu dron semuanya anak-anak muda dan berkelulusan universiti.

“Mereka terlibat secara aktif dalam pertanian dan kita sedang galakkan lagi (penglibatan anak muda ini) dengan memberikan pelbagai insentif,” ujarnya.


Loading FB Post...

Beliau turut yakin Malaysia boleh mencukupkan Tahap Sara Diri (SSL) bagi beras jika terus berusaha dengan cara moden dan baru selain kerjasama dalam kalangan penanam padi.

“Sebelum ini pun, stok beras kita mencukupi walaupun dalam keadaan pandemik. Soal beras ini, tak berlaku kekurangan walaupun kadang ada kekurangan di satu dua tempat,” tambahnya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-6-2023 10:47 AM
Ada beza ke rasa beras kayangan ni dgn beras biasa cuollS?
Quote Tinot7 8-6-2023 10:51 AM
Beras kayangan ni beras import.. mcm beras telen ka?
Quote pokokmeranti 8-6-2023 11:03 AM
mungkin beras wangi import, GABA rice, beras perang......
Quote itik_magic 8-6-2023 11:06 AM
beras putih lebih kurang beras tempatan. cuma beras putih ni import dr thailad. beras putih tag biru. beras tempatan tag purple. nk mkn sedap sikit mmg kena jd kaya.
Quote Decaffeinated 8-6-2023 02:55 PM
KamikuP replied at 8-6-2023 10:47 AM
Ada beza ke rasa beras kayangan ni dgn beras biasa cuollS?

Jauh. Bersyukurlah kalau ko tak tahu beza boleh bedal je apa2 beras.

Problem aku dengan restoran melayu ialah nasi dia aku susah telan berbanding restoran cina sangat mementingkan kualiti nasi.


Quote kitaserupaaa 8-6-2023 02:57 PM
Basmathi & beras perang pun beras kayangan ke? Kalau org yg ada masalah kesihatan & dinasihatkan makan beras2 ni camne?
Quote Firenzza 8-6-2023 03:57 PM
Bodoh mat sabun nih....... Ko sibuk naikan rega beras, telur, gula bagai....opkos restoran, kedai mkn akan naikan harga pastu sibuk paksa kedai mkn jual rega rahmah......
Quote glump 8-6-2023 04:13 PM
Beras super import 10% dulu 10kg .around $28.00 tadi dah $30.++. Super special tempatan tu Tak nampak pulak kat rak tadi ..gamak aku pi kedai kayangan
Quote Kitty_catz 8-6-2023 06:23 PM
lepas maha kaya

ada beras kayangan pulakkk gaisss


benda simple.... ada hat murah cikit, buatper beli hat mahai... gicu
Quote mejaputih 8-6-2023 06:59 PM
kitaserupaaa replied at 8-6-2023 02:57 PM
Basmathi & beras perang pun beras kayangan ke? Kalau org yg ada masalah kesihatan & dinasihatkan mak ...

Health is expensive gitteww
Quote shida81 8-6-2023 07:14 PM
Nk mkn beras sedap pun dah x blh
Quote shida81 8-6-2023 07:16 PM
Decaffeinated replied at 8-6-2023 02:55 PM
Jauh. Bersyukurlah kalau ko tak tahu beza boleh bedal je apa2 beras.

Problem aku dengan restoran m ...

Ak pun.. Ak suka beras hom Mali, beras wangi, beras Cambodia... Basmathi pun ak kn caribyg sedap, bkn smua kt pasaran sedap....
Aishh harap x naik byk la..
Quote MissYouSayang 8-6-2023 07:21 PM
Sejak era madanon ni, barang2 makanan asas pun dah siap ada kasta bagai..bullshit betul la.mat bughit ni elok jadi menteri makanan kasta je la..terjamin celah jubo ko la
Quote syamzana 8-6-2023 07:22 PM
iols makan parboiled basmathi tp baru ni jmp parboiled biasa kat mydin rm20.20/5kg tapi tak sedap
parboiled ni mak iols makan sgt bagus utk kolestrol/drh tggi dia mmg in control tp tatau la asbab beras tu ke tak? cuma sejak dok ngan i bg mkn nasi beras ni mmg nmpk perubah ketara.
weols anak branak x mkn beras yg byk 5kg tu tahan 3bulan tapi jgn la naik byk sgt
semua benda ko tarik subsidi mmg hanat laaa jwbnya
Quote kemaruk 8-6-2023 07:49 PM
pelahap subsidi
Quote sukacactus 8-6-2023 07:59 PM
Dulu aku saja try beras 'Phkarkhnei' beras huma kemboja brand bird of paradise
Lps tu ank xmo tukar beras lain dah
Mak aku plak kalau datang umah aku, siang mlm pagi ptg nak mkn nasi, lauk telur mata pun xpe sebab dia kata nasi umah ni sedap
Kat umah ni ok je sebab ahli xramai, nasi pun mkn selang2 hari, so xterasa sgt la naiknya pun
Quote krustykrab 8-6-2023 08:18 PM
kitaserupaaa replied at 8-6-2023 02:57 PM
Basmathi & beras perang pun beras kayangan ke? Kalau org yg ada masalah kesihatan & dinasihatkan mak ...

Kayangan.sgt²...
Harga pun mahal oiii dari beras putih import tu
Quote ultra78 8-6-2023 08:19 PM
kitaserupaaa replied at 8-6-2023 02:57 PM
Basmathi & beras perang pun beras kayangan ke? Kalau org yg ada masalah kesihatan & dinasihatkan mak ...

Aku beli beras faiza taj mahal atau beras basmati aje sebab kurang kanji. Beras siam pun aku tak makan.
Quote krustykrab 8-6-2023 08:26 PM
glump replied at 8-6-2023 04:13 PM
Beras super import 10% dulu 10kg .around $28.00 tadi dah $30.++. Super special tempatan tu Tak nampa ...

Super import ni ko kna rajin pi supermkt yg jual pelbagai brand...mmg sentiasa ada sales..kna tukar² brand la..so far aku suka rambutan biru, thai king & juara, blh dpt dlm rm25.tukar² tgk mana ada diskaun.
Laki aku pulak mkn basmathi la kejap, beras perang la, beras merah la...ikut time dia rasa nk diet, dia mkn.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.263781 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top