CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Syukur Ingatkan Suami Hilang Tengah Malam, Rupanya Tengah Sidai Baju

6-6-2023 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1212| Komen: 13

Description: Seorang wanita meluah rasa syukur selepas menemui lelaki yang disangka hilang itu sedang menjemur pakaian di luar rumah.Merdeka melaporkan, wanita menggunakan akaun @momandkiddy berkongsi video yang m ...
Seorang wanita meluah rasa syukur selepas menemui lelaki yang disangka hilang itu sedang menjemur pakaian di luar rumah.

Merdeka melaporkan, wanita menggunakan akaun @momandkiddy berkongsi video yang menyatakan dia terjaga daripada tidur ketika jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.



IG

Dia terkejut mendapati suami tidak berada di dalam bilik, sebaliknya hanya anaknya kelihatan tidur nyenyak.

“Hampir pukul 12 tengah malam. Saya dan Athallah (anak) sudah tidur. Tiba-tiba saya tersedar dan mencari suami,” tulis wanita itu dalam video tersebut.

Dia membuka tingkap rumah dan mendapati suaminya baru selesai mencuci pakaian serta menjemurnya pada ampaian di hadapan rumah mereka.

Wanita itu meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang rajin membantu melakukan kerja rumah. 

“Ternyata, suami tidak tidur, malah baru selesai mencuci pakaian. Suami saya memang terbaik, saya amat mensyukurinya,” tulis keterangan video itu.


Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.



“Suami saya juga begitu tetapi  bukan pada  waktu malam. Dia membantu mencuci pakaian selepas waktu subuh,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kalau suami saya melihat bakul pakaian dipenuhi baju kotor, dia akan mengangkat dan meletakkannya di hadapan mesin basuh,” ujar netizen lain.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 6-6-2023 02:14 PM
kenapa benda macam ni dianggap tular?
sampai buka thread baru?


Quote ally9970 6-6-2023 02:34 PM
Apa yg tular dan viral?
Quote pinkpunk 6-6-2023 03:25 PM
first time buat keje kot
Quote EriaDoritis 6-6-2023 09:12 PM
Hati-hati kak. Jangan nak up suami sangat. Penyondol sedang memerhati
Quote gideoncross 7-6-2023 12:26 AM
EriaDoritis replied at 6-6-2023 09:12 PM
Hati-hati kak. Jangan nak up suami sangat. Penyondol sedang memerhati

Klau dua pihak stuju, dh x jdi pnyondol.
Quote EriaDoritis 7-6-2023 02:11 PM
gideoncross replied at 7-6-2023 12:26 AM
Klau dua pihak stuju, dh x jdi pnyondol.

Iya...tu ditakdirkan bersama
Quote Yoonggi 7-6-2023 02:30 PM
x elok sidai baju kt luar mlm2. biasa sblm maghrib kena angkat dah pakaian kt luar tu. cuma aku rasa kakak ni x patut kata dah dkt tgh mlm sbb jam dia tunjuk br 11.28 mlm. dkt tgh mlm tu biasanya lg bbrp minit nk kol 12. heh.
Quote gideoncross 7-6-2023 11:01 PM
EriaDoritis replied at 7-6-2023 02:11 PM
Iya...tu ditakdirkan bersama

Hahahahaha.
Quote hokeypokey 8-6-2023 08:24 PM
nak suruh aku kagum ke ni??? yela kak, tahniah laki akak lagi bagus dr laki jiran sebelah
Quote Supersirap 15-6-2023 06:03 PM
Function teruk suaminya tu or ada udang sebalik batu
Quote Bawang123 18-6-2023 10:55 AM
Ternyata, suami tidak tidur, malah baru selesai mencuci pakaian. Suami saya memang terbaik, saya amat mensyukurinya,” tulis keterangan video itu

So... Bangun² terus on camera cari suami ye kak. Wah wah.. untung lah.
Ok,done puji.

Tu je kan yg pompuan ni nak, PUJIAN DAN SONDOLAN. Please any homewrecker, come on, she's calling. you can do it!
Quote ocho 18-6-2023 11:53 AM
terpaling suami viral nihh
Quote HuoJingJue 20-6-2023 09:11 PM
bukak la 1 channel youtube kak oii pasal teknik2 sidai baju..
mana tau dpt 100k subscribers

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.042630 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top