|
Pernah menerima gangguan seksual, kaunselor laktasi bertauliah, Nurun Nadia Masrom sekali lagi berdepan individu miang. Menerusi ciapan di Twitter, dia mendedahkan sering diganggu individu gatal yang menghantar pesanan ringkas berbaur lucah.
Malah, mereka juga berani melampiaskan nafsu dengan beronani ketika membuat panggilan kerana tahu kaunselor laktasi bertauliah perlu menjawab setiap panggilan telefon kerana berkemungkinan ia panggilan penting daripada ibu yang sedang menyusukan bayi mereka. "Budak sangap yang selalu kacau mak orang (aku dan kawan aku yang kaunselor penyusuan) dengan suara steam dan buat video onani. "Kami ni kadang-kadang angkat ingat ada urgent mak menyusu nak minta tolong. Buka-buka video call, ko tengah buat onani. Melampau ko dik!" ciapnya. Walaupun ada yang menyarankannya membuat laporan kepada pihak berwajib, ada juga suara pengguna Twitter mempertikaikan etikanya sebagai kaunselor kerana menyebarkan nombor telefon individu terbabit. Namun, komennya dibidas pengguna lain yang merasakan dia salah seorang yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-3-2026 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.157381 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.