CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Filem 'Sue-On', Naskhah 'Tribute' Untuk Allahyarham Mamat Khalid - Awie

4-6-2023 10:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 120| Komen: 0

Description: Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie, 55, tampil dengan filem genre komedi seram berjudul Sue-On sebagai tanda mengenang kembali jasa pengarah Allahyarham Mamat Khalid.Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, p ...
Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie, 55, tampil dengan filem genre komedi seram berjudul Sue-On sebagai tanda mengenang kembali jasa pengarah Allahyarham Mamat Khalid.

Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, pengarah itu juga yang telah memperkenalkan namanya sebagai seorang pelakon komedi menerusi filem-filem terdahulu seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.


Katanya lagi, dia menghasilkan filem tersebut adalah bagi meneruskan legasi arwah.

Filem 'Sue-On', Naskhah 'Tribute' Untuk Allahyarham Mamat Khalid - Awie


“Apa yang pernah arwah buat dahulu kami akan teruskan. Watak dalam filem-filem komedi lakonan saya sebelum ini diterima baik oleh penonton sedangkan saya bukan pelakon komedi.

“Jadi saya perlu mengambil peluang menghasilkan filem genre sebegini dan dengan itu maka adanya Sue-On,” katanya.

Selain bertindak sebagai penerbit, Awie turut membintangi filem ini bersama barisan pelakon lain seperti Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan Achey selain penampilan khas Erra Fazira.


Mengharapkan kejayaan dan sambutan hangat penonton Awie juga mahu menerbitkan lebih filem sebegini di masa akan datang.


“Jika filem Sue-On ini mendapat sambutan yang baik, ia akan memberi peluang kepada saya untuk menerbitkan lebih banyak filem pada masa akan datang,” ujarnya.

Sama juga seperti Awie, pengarah filem ini iaitu Razif Ajiboy Rashid turut menganggap karya kali ini sebagai satu penghargaan buat arwah Mamat yang cukup terkenal dalam penghasilan genre komedi.

Bercakap tentang cabaran ketika penggambaran, Razif meluahkan rasa syukur kerana Awie turut sama membantu berkongsi ilmu bagi mendapatkan hasil terbaik.

“Saya mengenali dunia filem secara lebih mendalam pun daripada arwah. Jadi, sedikit sebanyak hasil tangan ini terbaru saya ini mendapat inspirasi daripada filem-filemnya.

“Sebagai pengarah pula pastinya adalah mahu filem ini betul-betul dapat menarik penonton. Saya berasa sangat beruntung kerana penerbit sendiri iaitu Datuk Awie banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu,” kongsinya.

Membawa kisah yang santai dan inspirasi dari cerita seram Jepun, filem Sue-On bakal ditayangkan bermula 6 Julai ini di seluruh pawagam.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041188 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top