CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Penggambaran Dihenti Kerana Disangka Perang

5-6-2023 01:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 157| Komen: 0

Description: Di sebalik kejayaannya menyiapkan filem yang menelan kos pembikinan RM20 juta itu, Adrian Teh mendedahkan banyak cabaran terpaksa dihadapi, termasuk hampir sahaja penggambaran filem dibatalkan berikut ...
Di sebalik kejayaannya menyiapkan filem yang menelan kos pembikinan RM20 juta itu, Adrian Teh mendedahkan banyak cabaran terpaksa dihadapi, termasuk hampir sahaja penggambaran filem dibatalkan berikutan masalah keselamatan.


Pengarah filem aksi, Adrian bagaimanapun kini dapat menarik nafas lega apabila buah tangan terbaharu, Malbatt: Misi Bakara bakal menjengah pawagam pada 24 Ogos ini.


Dengan kejayaan filem Paskal yang juga hasil sentuhannya, pastinya filem ini amat dinantikan penggemar sinema tempatan yang begitu mempercayai bakat dan kualiti pengarahan dimilikinya.

"Lokasi penggambaran dilakukan di daerah Gaziantep yang terletak di selatan Turkiye dan berdekatan dengan sempadan Syria.

"Jaraknya sangat dekat, iaitu mengambil masa hanya 10 minit jika memandu. Mengikut sejarah, ramai yang tahu Turkiye pernah menceroboh Syria.

"Ketika penggambaran dijalankan, kami terpaksa tutup jalan, bina lapangan dan terdapat babak tembak-menembak.


"Memandangkan bandar itu besar, ramai yang hairan kenapa ada askar berkumpul di kawasan itu.

"Bagi penduduk setempat mereka sudah maklum mengenai penggambaran. Namun, bagi penduduk di sebelah sempadan Syria, mereka mula menyangka sebaliknya.

"Mereka kemudian mengambil gambar dan tularkan dalam media sosial. Tindakan ini menimbulkan salah faham hingga pemerintah Gaziantep mengarahkan supaya penggambaran dihentikan," katanya pada sidang media pelancaran treler dan poster Malbatt: Misi Bakara, baru-baru ini.


Majlis pelancaran disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

Untuk menjernihkan keadaan, Adrian memaklumkan dia dan pasukan produksi mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Gaziantep dan mereka perlu mematuhi syarat yang diberikan jika mahu penggambaran diteruskan.

"Menerusi pertemuan, kami menjelaskan mengenai tujuan datang dan memberi penerangan mengenai perjalanan penggambaran.

"Kami datang bukannya nak berperang dan senjata digunakan bukanlah senjata sebenar.

"Mereka memahami perkara itu. Bagaimanapun, mereka mengenakan syarat, iaitu media antarabangsa perlu membuat liputan penggambaran supaya masyarakat dapat gambaran sebenar," tambah Adrian.

Sementara itu, mengulas tindakannya tidak meletakkan wajah pelakon pada poster filem seperti kelazimannya, tanpa berselindung pengarah filem Wira ini menjelaskan, dia tidak 'menjual' pelakon untuk karyanya kali ini.

"Untuk filem ini, saya jual 'batalion' dan bukannya untuk agungkan individu tertentu. Tujuan saya menghasilkan filem untuk mengetengahkan cerita menarik dan bukannya menjual wajah pelakon.

"Saya sudah meminta maaf dan menjelaskan kepada semua pelakon niat saya itu. Mereka memahami dan terima penjelasan dengan hati terbuka dan tanpa banyak bicara," jelas Adrian.


Malbatt: Misi Bakara berkisar kisah benar di sebalik insiden Black Hawk Down yang menyaksikan tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, pada 1993.

Ia menampilkan lakonan hebat Bront Palarae, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Shaheizy Sam, Adlin Aman Ramlie, Nafiez Zaidi dan Fauzi Nawawi.


Sumber: BH Online







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.045394 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top