Pelakon Scha Alyahya, 40, terkejut dirinya dilabel artis biadap dalam sebuah trend terbaru membandingkan siapa artis Malaysia yang sopan atau biadap di laman Twitter. Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya berkata, dia sendiri paling pantang dengan manusia jenis biadap dan akui sebagai manusia ada masa terlepas pandang.
"Mungkin sedar tak sedar, saya pernah tak tegur orang, tak tersenyum. Jadi, mustahillah kita sebagai manusia ini tak pernah buat salah. Cakap pasal biadap, jauh sangatlah saya nak biadap dengan orang. "Saya paling pantang dan tak suka orang biadap, berlagak, sebab bagi saya, tak payah. Pada pengakhirannya, kita semua sama," katanya ditemui pada acara Bual Bicara: Seminar Komunikasi Antarabudaya, di Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, semalam. Scha juga ingin memohon maaf sekiranya ada peminat atau pihak tertentu yang pernah terguris hati dengan mana-mana tindakannya yang dia tidak sengajakan.
"Kalau ada yang pernah mengalami hal kurang menyenangkan begitu dengan saya, saya nak minta maaflah. Mungkin saya tak sedarkah, ada masalahkah, tak sengaja. "Jadi harap rasa tidak senang itu mungkin daripada saya punya salah yang tak sedar. Maaf kerana buatkan anda terasa begitu," katanya.
|
dudaberhias replied at 3-6-2023 05:31 PM
theyols laki bini takde la biadap pun... maybe orang dia tegur tu tegur tapi theyols tak perasan kot ...
bedahmenjuyah replied at 3-6-2023 05:43 PM
Kaka bamwemy pernah citer ms dia kerja hotel dia penah kasi no fon kat atoknil ms atok check in ho ...
dudaberhias replied at 3-6-2023 05:48 PM
siap tinggal number fon... omaigod harap2 bam remy tak cari duit tepi yach dedulu...masatu nek nil ...
dudaberhias replied at 3-6-2023 05:31 PM
theyols laki bini takde la biadap pun... maybe orang dia tegur tu tegur tapi theyols tak perasan kot ...
Pak.dolla replied at 3-6-2023 05:47 PM
Dulu ko dgn bini ko pernah buli bang pahrin khan? Pastu ko dgn bini ko pernah perli abdol jg khan?.. ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-5-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061641 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.