CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Luqman Hafidz, Bekas Isteri Sepakat Sama-Sama Besarkan Anak

3-6-2023 08:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1197| Komen: 12

Description: Pelakon Luqman Hafidz mencapai kata sepakat bersama bekas isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi untuk memberi keutamaan dan mendahulukan komitmen terhadap anak perempuan mereka Eve Laura yang berusia dua ...
Pelakon Luqman Hafidz mencapai kata sepakat bersama bekas isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi untuk memberi keutamaan dan mendahulukan komitmen terhadap anak perempuan mereka Eve Laura yang berusia dua tahun.


Luqman atau nama sebenarnya Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi berkata hubungannya dengan Atiqah juga masih baik demi anak perempuan mereka.

Luqman dan bekas isteri

"Saya dan bekas isteri sudah sama-sama bersetuju untuk membesarkan anak dengan sebaik mungkin. Masing-masing menjalankan peranan sebagai mak dan sebagai ayah.

"Tapi buat masa sekarang ini, saya hanya fokus kepada kerja. Hidup saya begitu 'simple' ketika ini. Malah, rutin pun sama saja.

"Buat kerja atau pun buat 'editing' atau berlakon, itulah proses dan jadual harian saya sekarang ini. Bertungkus lumus mencari rezeki buat anak saya. Itu saja yang menjadi keutamaan," katanya.


Terdahulu, Luqman bertemu jodoh dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020 selepas empat tahun bercinta.

Bagaimana pun, jodoh pasangan itu tidak panjang dan bercerai secara baik di mahkamah namun tidak memperincikan butiran perpisahan mereka.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang berusia dua tahun iaitu Eve Laura.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Hafidz kembali berjinak-jinak dalam bidang pembinaan selain berlakon kerana enggan bazirkan kelulusan bidang arkitek yang dimilikinya.

Luqman yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Arkitek (Pengukuran Kuantiti) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkongsi ada terbabit projek membabitkan kemahirannya itu sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-6-2023 09:21 PM
Tak perasan langsung bila dia kawin bila dia cerai.


Quote MsKantoiLagi 3-6-2023 09:27 PM
Bagus. Takde drama itu ini.
Quote I.K.A888990 3-6-2023 10:59 PM
okaaaaaayyyyyyy
Quote AWEKSAMURAI 3-6-2023 11:31 PM
Nama pak dgn mak elok je bunyi melayu ...mai nama ank mcm nama omputeh x menahan btui
Quote hasniey 3-6-2023 11:47 PM
Laaa bru je kahwin.
Quote rayray28 4-6-2023 12:06 AM
Laaaaaaa cerai dah kee..mati2 dok fikir masih beristeri
Quote becir 4-6-2023 12:28 AM
Eve Laura ni esok bolehla kawan ngan dak Rachel anak miratek..parents pun sama kuat berangan
Quote NazRysha 4-6-2023 09:16 AM
dulu kes ada penyondol
Quote hayrin86 4-6-2023 09:48 AM
sharlenetexas replied at 3-6-2023 09:21 PM
Tak perasan langsung bila dia kawin bila dia cerai.

Bercerai pun bukan bagitahu kan.. Sama juga dengan Sharifah Sakinah.. Tak macam Siti Saleha dan Ellie Suriaty-Azri Iskandar..

Quote silampumeja 4-6-2023 09:55 AM
sharlenetexas replied at 3-6-2023 01:21 PM
Tak perasan langsung bila dia kawin bila dia cerai.

Dia kawin dlm pkp kan. .. tak heboh sgt.  Senyap2 tup2 dh ada anak.

Tup2 keluar kisah dia ada org lain dh
Quote silampumeja 4-6-2023 09:55 AM
MsKantoiLagi replied at 3-6-2023 01:27 PM
Bagus. Takde drama itu ini.

Ada je jugak hritu skjap. Tp tak berlarutan lah kanp
Quote bunnyj3lly 4-6-2023 01:19 PM
Edited by bunnyj3lly at 4-6-2023 01:21 PM

Tempoh bercinta lagi lama dari tempoh kahwin hidup bersama.. gitulah.. memang lain zaman bercinta dengan dah kawin ni. Kalau tak kuat semangat, jiwa.. mmg senang nak bawa haluan masing-masing bila dah takde persefahaman tu..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.101525 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top