CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pengacara Indonesia Bertudung Selepas Ditegur Budak Kecil Di Kaca TV

2-6-2023 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 429| Komen: 0

Description: Pengacara terkenal Indonesia, Feni Rose mendedahkan dia menutup aurat kerana cintanya kepada Allah S.W.T.Keinginan pengacara rancangan ‘Rumpi No Secret’ itu memakai tudung selepas dia menemu ramah b ...
Pengacara terkenal Indonesia, Feni Rose mendedahkan dia menutup aurat kerana cintanya kepada Allah S.W.T.

Keinginan pengacara rancangan ‘Rumpi No Secret’ itu memakai tudung selepas dia menemu ramah beberapa artis yang berhijrah dalam rancangannya itu. 



IG

Feni Juga berkata, perubahan yang dilakukannya bukanlah disebabkan lelaki arab yang dikatkan dengannya, sebaliknya pilihan untuk bertudung semata-mata kerana Allah.

“Kerana Cinta, bukan kepada manusia tapi kepada Allah, itu sangat indah," katanya di YouTube TransTV Official.


IG

Namun, netizen sangat curiga tentang perubahan Feni kerana dia pernah ditegur seorang kanak-kanak berusia 3 tahun mengenai pakaiannya serta kenapa dia tidak berhijab ketika sedang menemu ramah kanak-kanak tersebut.




Kartika Putri bersama anaknya Khalisa – VIA instagram
Kanak-kanak tersebut yang bernama Khalisa menjawab pertanyaan Feni mengenai bagaimanakah rupa baju seksi itu.

“Baju seksi itu macam mana menurut Khalisa?” - tanya Feni

“Itu tante (Feni) pakai baju seksi” - jawab Khalisa

“Tudung Tante belum dicuci, belum kering. Kan lagi musim hujan," balasnya.



Netizen beranggapan, teguran kanak-kanak itu sedikit sebanyak pasti memberi kesan kepada Feni.

Mereka juga menyarankan agar Feni berhenti menjadi hos untuk rancangan gosip kerana tidak sesuai dengan imejnya sekarang.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054017 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top