CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mata Terbeliak & Tangan Mengecut, Wanita Mati Lepas Makan Coklat Misteri

2-6-2023 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 320| Komen: 1

Description: Malang nasib seorang wanita yang maut selepas makan coklat yang dihadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya.Lindaci Viegas Batista de Carvalho dari Brazil menerima sejambak bunga dan coklat dari indi ...
Malang nasib seorang wanita yang maut selepas makan coklat yang dihadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya.

Lindaci Viegas Batista de Carvalho dari Brazil menerima sejambak bunga dan coklat dari individu tidak dikenali sempena meraikan hari istimewanya.



Mirror

Wanita berusia 54 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas memakan coklat itu yang dipercayai keluarganya, mengandungi racun.

Kakaknya, Lenice Batista berkata, mangsa mula berasa mual dengan matanya terbeliak selain tangannya mula mengecut selepas menikmati coklat itu.

Katanya, Carvalho disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital di Rio de Janeiro.

"Anaknya yang juga pernah cuba makan coklat itu terselamat kerana sempat meludahkannya kerana rasanya tidak enak," katanya.

Sementara itu, saudara-mara wanita itu juga mendakwa dia diugut di media sosial sebelum kejadian itu.


Lapor Daily Star, wanita itu didakwa menerima panggilan mencurigakan pada Sabtu minggu lalu mengenai penghantaran untuknya, sebelum dia meminta bungkusan itu ditinggalkan di kedai teman lelakinya.

Carvalho membawa coklat itu ke salun kecantikan, tetapi pada mulanya enggan makan sehingga dia bertanyakan kepada bekas suaminya yang mengaku memberi hadiah itu.

Bagaimanapun, selepas kematian Carvalho, bekas suaminya mendakwa dia bergurau mengenai penghantaran itu, malah kakak mangsa tidak menganggap lelaki itu sebagai suspek kerana kedua-duanya mempunyai hubungan baik.

Sementara itu, polis sedang menyiasat dakwaan berkenaan manakala analisis coklat itu dijangka selesai dalam tempoh 30 hari.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 2-6-2023 04:03 PM
Edited by antikorok at 2-6-2023 04:04 PM

Takde beza pung dgn ummah nusantara ni yg hantar santoo sirihh melalui makanan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.040457 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top