CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riezman Khuzaimi Anjur Konsert Dangdut, Dah Pesan Penyanyi Jangan Pakai Seksi-Seksi

31-5-2023 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 716| Komen: 8

Description: Tiga puluh tahun dalam industri seni, kuantiti bukan lagi menjadi fokus utama Riezman Khuzaimi.
Tiga puluh tahun dalam industri seni, kuantiti bukan lagi menjadi fokus utama Riezman Khuzaimi.

Dulu bolot semua tawaran, kini Riezman lebih selektif.

Bukan bayaran yang menjadi keutamaan, tetapi ia lebih kepada kepuasan dan juga kualiti.


Foto: IG

"Memang jarang kelibat saya muncul di kaca televisyen (TV) sejak kebelakangan ini. Adalah satu dua projek drama dijayakan, tahun lalu.

"Tawaran ada, tetapi saya terpaksa tolak kerana kebanyakan tawaran watak sama sahaja.

"Ada juga yang tidak bersesuaian dengan usia. Pada peringkat usia separuh abad ini, kalau nak pegang watak bapa kena tengok juga siapa anaknya.



"Takkanlah saya nak jadi bapa kepada Datuk Adi Putra. Nampak tak kena pula. Saya juga bukanlah seorang berkira soal harga.

"Dalam keadaan ekonomi hari ini, saya tak boleh 'demand' harga. Perkara ini masih boleh dibawa berbincang," katanya kepada BH Online.

Tambah Riezman, dengan pengalaman yang ada, sudah tiba masanya untuknya menjaga nilai eksklusif dan hanya akan muncul jika watak diberikan mampu memberi impak dalam kerjaya seninya.



"Saya ingin mengikut jejak langkah Datuk Rosyam Nor dan Datuk Seri Eizlan Yusof yang jarang muncul di kaca TV, tetapi bila sesekali berlakon, impaknya cukup besar.

"Sudah tiba masa untuk saya menjadi lebih eksklusif dan hanya terima watak yang mampu memberi nilai tambah dalam kerjaya seni saya," ungkap aktor kelahiran Taiping, Perak ini.

Jika sebelum ini Riezman turut bergelar penerbit dan pengarah, namun pemilik nama lengkap Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 53, ini dilihat cuba berjinak-jinak dalam bidang penganjuran konsert, tahun ini.



Untuk projek pertamanya, pelakon filem Tanda Putera dan Baik Punya Ah Long ini akan menganjurkan konsert dangdut yang menyaksikan gabungan artis dari Malaysia dan Indonesia.

"Saya bersama seorang rakan kongsi merancang menganjurkan konsert dangdut di Malaysia. Kami memilih irama dangdut selepas melihat potensi dan mempunyai ramai peminat.

"Antara artis yang bakal menjayakan konsert itu adalah Baby Shima dan Ani Mayuni mewakili artis Malaysia, manakala artis Indonesia pula membabitkan Siti Badriah dan Fitri Carlina.

"Saya juga sedang berusaha membawa penyanyi Hesty Klepek-Klepek untuk konsert ini nanti. Pengumuman rasmi konsert akan dibuat dalam masa terdekat ini," ujar Riezman.

Menyedari konsep dangdut sering dikaitkan dengan unsur seksi, Riezman memaklumkan peringatan sudah diberikan kepada pihak pengurusan artis supaya tidak mengenakan pakaian atau mempamerkan aksi yang mencolok mata.

"Bila cakap soal muzik dangdut ini, tak dinafikan pasti akan dikaitkan dengan imej seksi si penyanyi.

"Disebabkan tidak mahu konsert dikecam netizen, saya sudah berpesan kepada artis supaya menjaga penampilan dan tidak kelihatan terlalu seksi," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 31-5-2023 04:49 PM
hahahahaa... laku ker tu nanti?
harga tiket wowww mcm bawa artis popular sgt...
Quote heythere123 31-5-2023 05:23 PM
takde ke yang beria nak bantah macam konsert Coldplay
Quote Belibis 31-5-2023 11:11 PM
Alasan stendet artis sendu..' saya selektif dalam memilih naskhah..bukan mengejar kuantiti..'[em:3:]
Quote dudaberhias 31-5-2023 11:13 PM
genre yang so yesteryears dah nok... mami mak lampir kuat menjerit tu pun tak kosser nak menyanyi dangdut dah sampai malu nak masuk pertandingan... level dia sekarang juri katanya padahal menyanyi macam gampunk...

dah la penyanyi2 dangdut semua muka macam gampunk... baik hakak habiskan duit kat konsert kpop jah kurang2 herlok n berair nengok walaupun masing2 menyanyi macam binatang...

Quote de_ikea 31-5-2023 11:47 PM
Takpe, bininya kaya. Dan dato azie sayang sgt2 kat Rizman ni. Huntonglan.
Quote lolen 1-6-2023 12:25 AM
Dpt bini kaya blh la canang selektif bagai..ce harap duit lakonan semata harus muka ko je kuar paper mengeluh pasal.stesen tv nak pelakon ramai follower je br diamik berlakon
Quote rosedemon 1-6-2023 08:57 AM
pakai duit vinik ke tuuuuu
Quote Burong_Hantuk 1-6-2023 09:02 AM
jijikksssss.....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.040980 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top