CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Lelaki Muka Soleh Dan Baik Didakwa Pukul Girlfriend Dalam Kereta Berkali-Kali

31-5-2023 05:15 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9835| Komen: 73|Original author: Saiful

Description: Seorang pelakon lelaki yang memiliki wajah soleh dan baik didakwa memukul teman wanitanya berkali-kali di dalam sebuah kereta.
Seorang pelakon lelaki yang memiliki wajah soleh dan baik didakwa memukul teman wanitanya berkali-kali di dalam sebuah kereta.

Pengguna TikTok @rizzaizizi di TikTok, mendakwa dia saksi kejadian tersebut.


“Ternampak seorang pelakon lelaki ni bergaduh dengan seorang perempuan, ingatkan gaduh biasa je lah. Masuk kereta dengar bunyi perempuan jerit-jerit bila tengok kereta tu nampak lelaki tu pukul-pukul banyak kali pulak tu,” katanya.

Gambar Hiasan

Dia cuba untuk menolong namun wanita itu seperti takut dan tidak mahu keluar daripada kereta.

“Saya pergi nak tolong tapi perempuan tu nangis-nangis and tak nak keluar kereta pulak. Kenapa lah awak tak nak keluar dari situasi bila ada peluang orang nak tolong.

“Yang lelaki tu pulak, kalau nak bertumbuk pun cari la pairing ala-ala commando ke rambo ke baru la bermaruah sikit otot-otot tu,” dakwanya.



Malah, dia turut menawarkan diri untuk menjadi saksi untuk kejadian itu.

“Abang nak bagitahu dekat perempuan tu kalau terbaca post ni, jangan la takut nak tinggalkan lelaki macam tu and kalau pergi buat report, abang boleh jadi saksi,” ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapa gerangan pelakon lelaki tersebut.

“Kasi hint sikit pelakon kan ramai. Yang muka soleh ke muka pecah rumah ke, drama tengah trending ke..ahhh gitu,” komen netizen.

“Mmmmm.. muka soleh insyaAllah, drama yang trending kurang pasti sebab tak follow drama,” balas individu berkenaan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 31-5-2023 05:19 PM
Teka teki teka tekuk.

Quote jiwakacau06 31-5-2023 05:20 PM
semoga pelaku nya hr ex laki shu ...n gf tu si penyondol
Quote heythere123 31-5-2023 05:22 PM
ni pelakon sejuk beku frozen mana pulak ni
Quote doubleA 31-5-2023 05:22 PM
Org soleh tak dayus pukul pompuan, ni pakej gepren naik tangan lagi muka je baik tapi dayus taguna juga. Whoareyusss
Quote Binodino 31-5-2023 05:54 PM
Edited by Binodino at 31-5-2023 05:56 PM

Senaraikan pelakon2 lelaki berwajah soleh yang ada kat negara ni. Senang nak csi.

Tapi kat dalam post brader tu mana ada dia sebut berwajah soleh. Memandai je kau ni, sepul
Quote makadek 31-5-2023 06:01 PM
Mana ada kalau ade pn
Mamat yg jd arjuna dlm drama bunga aku tunggu.. Nampak la soleh...
Quote zuriey 31-5-2023 06:12 PM
Takkan apis mental pulak
Mesti acik porem gundu penyokong apis keciwa
Quote sunshinelady 31-5-2023 07:33 PM
Binodino replied at 31-5-2023 05:54 PM
Senaraikan pelakon2 lelaki berwajah soleh yang ada kat negara ni. Senang nak csi.

Tapi kat dalam po ...

rasanya takde kot.
Quote Nham22 31-5-2023 07:41 PM
Muka soleh??????????? Hahahaha... Sapela pelakon yg muka soleh tu... Katenye badan berotot2x...
Quote dudaberhias 31-5-2023 08:00 PM
sape nokkk??

celaka betul jantan tu... ko nak hempuk2 anak orang cari lah bini ke gf macam si zarina sabut nyoq yang reda jah kena hempuk dan smackdown dek anak sambil kacau pulut rendang...

hari2 ko nak hempuk pun dia tak kisah asalkan bagitau dia dulu supaya dia boleh rakam atau live... sambil promot pulut rendang...



Quote dudaberhias 31-5-2023 08:05 PM
pelakon laki muka soleh? ada gf?

mesti retis sejuk beku...

sebabnya majoriti pelakon laki kat malaysia ni semua muka macam gampunk... takde yang nampak soleh... tengok TV pun macam mintak kita ni jadi andartu...

especially si sabut nyoq, syukri kazim elias, kucing kurap oyen etc...

kalau sejenis suka hempuk orang ni sila lah kahwin dengan pompuan yang reda kena hempuk macam si acik sabut nyoq...

cikki yang kena hempuk tu dah boleh share number dia kat kaka nanti kaka masukkan dalam group whatsapp sama dengan si zarina sabut nyoq untuk mengenang nasib kena hempuk dan reda biarkan diri kena hempuk...

Quote beatgirlX 31-5-2023 08:17 PM
Citer ni betoi2 ka atai halusinasi sb mcm x brapa nak blh teka berwajah soleh tu
Quote dudaberhias 31-5-2023 08:20 PM
beatgirlX replied at 31-5-2023 08:17 PM
Citer ni betoi2 ka atai halusinasi sb mcm x brapa nak blh teka berwajah soleh tu

betul kut kaka... sebab yang buat tiktok tu riz af6 yang juga sendu tahap frozen...
aiyooo retis sendu gosip pasal retis sendu gittuh...




Quote hzln 31-5-2023 08:20 PM
Tgh laloq gam cap senapang ke, muka soleh peginyer, kut muka sohai tatau
Quote cicicumel 31-5-2023 08:29 PM
Siapa? Hero akasia tv3 pkl 7 ismail izani ke?
Quote Binodino 31-5-2023 08:33 PM
sunshinelady replied at 31-5-2023 07:33 PM
rasanya takde kot.

Bini jah berwajah soleh. Tapi beliau dah berlaki. Ngamuk jah kalau bini dia menduakan dia. Kang bertambah pulak benang terpaling menderita kat porem ni
Quote PinkyPie 31-5-2023 08:36 PM
Siapa plak terpaling soleh ni?
Quote I.K.A888990 31-5-2023 08:38 PM
betul2 ke rekaan nj
Quote kaedahnya 31-5-2023 08:58 PM
muka macam kucing tau la. ada ke pelakon wajah baik & alim?

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.078295 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top