CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seoul Tersalah Hantar Amaran Kecemasan Selepas Jentera Pelancar Udara Dilancar Korea Utara

31-5-2023 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 241| Komen: 0

Description: Kerajaan bandar raya Seoul pada Rabu tersilap menghantar amaran kecemasan menasihatkan rakyat supaya bersedia untuk berpindah selepas Korea Utara melancarkan roket, lapor Agensi Berita Yonhap.Amaran m ...
Kerajaan bandar raya Seoul pada Rabu tersilap menghantar amaran kecemasan menasihatkan rakyat supaya bersedia untuk berpindah selepas Korea Utara melancarkan roket, lapor Agensi Berita Yonhap.

Amaran menerusi telefon bimbit dihantar kepada semua rakyat pada 6.41 pagi, sejurus selepas Ketua Turus Bersama berkata Korea Utara melancarkan apa yang kelihatan seperti kenderaan pelancar angkasa.


AFP & Reuters

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri menarik balik amaran itu pada 7.03 pagi, mengatakan amaran itu dihantar secara tidak sengaja.

"Kami memaklumkan bahawa amaran yang dikeluarkan oleh Bandaraya Metropolitan Seoul pada 6.41 pagi adalah maklumat yang salah," menurut kementerian itu.

Seorang pegawai kementerian berkata Seoul bukanlah kawasan di mana amaran telah dikeluarkan.

Kerajaan bandar raya itu berkata ia menghantar amaran tersebut selepas menerima pemberitahuan daripada kementerian dalam negeri mengenai pelancaran roket Utara.



Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038275 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top