CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Diserang Ketika Snorkeling Berjaya Keluarkan Kepala Dari Rahang Buaya

30-5-2023 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 321| Komen: 1

Description: Lelaki Australia yang sedang melakukan aktiviti snorkeling di pusat peranginan eksklusif di Queensland diserang buaya air masin.Marcus McGowan, 51, yang terselamat dalam serangan haiwan pemangsa itu m ...
Lelaki Australia yang sedang melakukan aktiviti snorkeling di pusat peranginan eksklusif di Queensland diserang buaya air masin.

Marcus McGowan, 51, yang terselamat dalam serangan haiwan pemangsa itu memperincikan bagaimana dia berjaya melepaskan kepalanya daripada rahang pemangsa itu.


Bagaimanapun, insiden itu menyebabkan dia mengalami luka dalam.


Gambar hiasan

Lelaki itu diterbangkan ke hospital pulau berdekatan, dan kemudian diterbangkan ke Cairns untuk rawatan lanjut.

Serangan buaya jarang berlaku di Australia, tetapi terdapat beberapa kes seumpamanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

McGowan berkata, dia berada di dalam air bersama sekumpulan orang di perairan kira-kira 28 kilometer dari Pulau Haggerstone berhampiran Cape York apabila dia digigit dari belakang.

"Saya sangka ia seekor jerung tetapi (kemudian) menyedari ia adalah seekor buaya. Saya dapat membuka rahangnya dengan cukup besar untuk mengeluarkan kepala saya," katanya dalam satu kenyataan.


Katanya, buaya itu sekali lagi menyerang tetapi dia dapat menolaknya, namun cedera kerana gigitan haiwan itu di tangannya.

Jabatan alam sekitar Queensland berkata, ia akan menyiasat kejadian itu, tetapi "buaya di lautan terbuka mungkin sukar untuk dikesan kerana haiwan itu sering melakukan perjalanan berpuluh-puluh kilometer setiap hari".

Haggerstone Island Resort menggambarkan dirinya sebagai "tempat peranginan mewah eksklusif milik keluarga".

Seluruh pulau yang terletak kira-kira 600 kilometer di utara Cairns itu tersedia untuk disewa pada harga AS$4,979 (kira-kira RM22,934) semalam.

Serangan buaya adalah perkara biasa di utara Australia, yang sudah melaporkan kejadian sama, baru-baru ini.

Pada Februari, renjer menembak seekor buaya sepanjang 4.2 meter (m) yang menyerang seorang lelaki dan memakan anjingnya di utara Cairns.

Pada awal bulan ini, mayat nelayan berusia 65 tahun Kevin Darmody ditemukan di dalam buaya sepanjang 4.1 m di Sungai Kennedy berdekatan - serangan maut ke-13 di Queensland sejak penyimpanan rekod bermula pada 1985.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 30-5-2023 01:54 PM
Keling tersenyum sinis

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.169033 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top