CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Padah Suka Hati Parkir Kereta Tepi Jalan Sebab Nak Naik MRT, Habis Kena Sagat Dengan Kenderaan Lain

30-5-2023 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1158| Komen: 7

Description: PETALING JAYA – Tindakan segelintir individu yang meletakkan kenderaan di tepi jalan sekitar Transit Aliran Massa (MRT) Cyberjaya Utara mengundang padah setelah kereta mereka ‘disagat’ kenderaan la ...
PETALING JAYA – Tindakan segelintir individu yang meletakkan kenderaan di tepi jalan sekitar Transit Aliran Massa (MRT) Cyberjaya Utara mengundang padah setelah kereta mereka ‘disagat’ kenderaan lain.


Ciapan di Twitter menyatakan, beberapa buah kereta yang diparkir di tepi jalan laluan masuk ke MRT berkenaan rosak teruk dipercayai dilanggar kenderaan berat.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pemilik kenderaan berkenaan.

Foto: Twitter

Di ruangan komen, rata-rata pengguna mempersoalkan tindakan pemilik kereta yang meletakkan kenderaan di tepi jalan bukan di kawasan parkir.

Menurut mereka, stesen tersebut ada menyediakan parkir berbayar serendah RM4 sehari, khas untuk pengguna MRT.

“Parking pun tidak ketepi, betul-betul duduk tengah-tengah jalan. Apa yang nak ‘expect’? Kereta dah kena ‘sagat’, hadap je la. Salah sendiri juga,” komen seorang pengguna Twitter.


“Naik pengangkutan awam pun kena bawa kereta ke stesen. Sepatutnya naik pengangkutan awam kita rasa tenang, tapi kena fikir tentang parking pula.

“Tidak menyalahkan pemilik kereta atau pemandu yang sagat kereta tepi jalan 100 peratus, tapi kecewa dengan perancang pengangkutan awam dan bandar,” komen pengguna Twitter lainnya.



Tidak ketinggalan, ada juga yang mencadangkan beberapa solusi untuk menangani masalah ini.

“Parkirlah di MRT Purtajaya Sentral. Di sana, ada 1,407 tempat parkir. Kalau parkir secara haram, insurans tidak akan cover sebarang kerosakan,” cadang seorang pengguna Twitter.

Sebelum ini, kejadian yang hampir sama berlaku di MRT Cyberjaya City Centre di mana kereta yang diparkir tepi jalan telah menghalang laluan bas hingga menganggu jadual perjalanan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 30-5-2023 01:26 PM
yg salah rakyat yg betul kerajaan

rakyat kerja bayar cukai

semua kena bayar

napa singapork ok
Quote prettyuglybabe 30-5-2023 01:34 PM
kalau parking tak penuh tapi degil nak parking free, selayaknya la kena sagat..
Quote Thunderclouds 30-5-2023 02:09 PM
Rasa² insof ke kalo wat gini?
Lammmberrttt lagi..
Btw,bidio tadak ka?
Quote iolss 9-6-2023 03:51 PM
ni mesti bas ke lori lalu x lps ni .. amekk kau
Quote fair_iza 9-6-2023 10:31 PM
Nk kena buat laluan mrt dpn rumah msg2 ke?
Quote MissVixen 9-6-2023 11:57 PM
Padan muka. Parking nak free je dan menyusahkan orang. Nak buat perangai caprut indon pulak parking tengah jalan.
Quote MissVixen 10-6-2023 12:01 AM
TOPwind replied at 30-5-2023 01:26 PM
yg salah rakyat yg betul kerajaan

rakyat kerja bayar cukai

Singapork tu penguatkuasaan tegas. Parking hdb pun wajib bayar. Kereta dihadkan penggunaan.
Parking tak ikut peraturan pun salah kerajaan ke?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.049521 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top