CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Rabak Hati Pelanggan Tua Sindir 'Kerja Pam Minyak Je, Belajar Tak Pandai Lah Tu’

30-5-2023 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3364| Komen: 119

Description: Remuk hati seorang gadis apabila pekerjaannya di sebuah stesen minyak diperkotak-katikkan pelanggan.Gambar hiasam/TIkTokIzzaty Nazmii menerusi TikTok baru-baru ini mendedahkan pengalamannya berdepan p ...
Remuk hati seorang gadis apabila pekerjaannya di sebuah stesen minyak diperkotak-katikkan pelanggan.


Gambar hiasam/TIkTok


Izzaty Nazmii menerusi TikTok baru-baru ini mendedahkan pengalamannya berdepan pelanggan bermulut puaka yang menyindir hasil pendapatannya yang tidak seberapa.

"Kalau video ni lalu depan muka pakcik, saya nak cakap yang saya paling tak suka orang menghina saya dan pakcik tak perlu sibuk nak ajar saya untuk belajar tinggi atau apa-apa.

"Saya tak pernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dekat rumah orang apatah lagi dekat rumah pakcik kan? Jadi baik pakcik diam je," tulisnya pada ruang kapsyen di TikTok.



Menjengah ruang komen, ramai tidak berpuas hati dengan sikap biadab pakcik berkenaan yang memperlekeh pekerjaan seseorang.




Semoga Izzaty terus kuat jika berdepan orang begini lagi kelak. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sufi^_^ 30-5-2023 10:51 AM
Biasanya yang cerdik2 ada degree walaupun keja cashier, atendan pam semua ni, kita tengok muka & cara bawak diri dah boleh teka budak2 ni berkelulusan cuma belum ada rezeki dapat kerja sesuai dengan kelulusan dia.

Ni musim budak2 matrikulasi, setengah2 asasi baru habis & tengah tunggu result & tunggu nak apply UPU, memang ramai yang akan cari keja dulu dari menternak lemak kat rumah. Kalau bulan 7 cam tu budak2 diploma & degree pulak.

Bagi yang dah biasa tengok budak2 bijak, boleh bezakan, tak sama dengan yang SPM tak lepas ye.
Quote sufi^_^ 30-5-2023 10:53 AM
Btw bilalah kita ni nak jadi negara yang maju dari segi pemikiran, yakni, tak siapa yang hina hanya sebab tak de kelulusan & tak kerja gah2. Asalkan dia rajin & tekun bekerja & ada etika kerja.
Quote airfilterkotor 30-5-2023 10:55 AM
Sekilas ikan di laut, boleh kenal mana shark mana dolphin.
Quote ais_kosong 30-5-2023 10:59 AM
sufi^_^ replied at 30-5-2023 10:53 AM
Btw bilalah kita ni nak jadi negara yang maju dari segi pemikiran, yakni, tak siapa yang hina hanya  ...

Betul. Ada je yang ada kelulusan tapi malas bekerja. Kalau xde pam attendant ni pakcik nak isiminyak guna cash pun susah tau. Setiap pekerjaan tu membantu juga tak kisah kerja biasa or hebat.
Quote mikasa 30-5-2023 11:01 AM
Pakcik ni masih tersangkut minda di zaman 80an ke? Heloll ni dah zaman org tak pakai telegram atau mlsse code pakcik
Quote dekmieDandy 30-5-2023 11:12 AM
member aku dulu pun setahun lebih jadi cashier pump station ni

pasai que h.o. lama giler
Quote salimrock 30-5-2023 11:16 AM
tak baik pandang rendah pada orang,


kadang2 jaga stesen minyak ni , budak u tengah cuti sem, atau anak tokey stesen minyak,


Quote salimrock 30-5-2023 11:22 AM
kerja cashier ni selalu jd mangsa pakcik2 makcik2 mulut puaka...

cm wa dulu kerja pasaraya ada pakcik tu tegur

ko tak rasa bersalah ke pegang babi dlm tin,  beer carlsberg dsbnya ( zaman tu takde dedicated counter lg)


wa : balik nnti saya samak la pakcik, sebelum semahyang sy samak  ( wa rasa jawaban wa tu salah , bukan itu yg dia maksudkan... hahaha )  

disebabkan orang semakin ramai, pakcik tu pn belah...
Quote yenil95 30-5-2023 11:27 AM
percayalah pakcik pakcik yg kuangajo mcm tu pun IQnya rendah..
Quote PULANGKAN 30-5-2023 11:28 AM
melentur buluh, biarlah dari rebungnya

macam kes pakcik tu



Quote PULANGKAN 30-5-2023 11:31 AM
salimrock replied at 30-5-2023 11:16 AM
tak baik pandang rendah pada orang,

budak kampung aku ni
yang ada master, buat grabfood

yang ada diploma & degree, keje retail, keje kedai makan. sorang tu keje kampung pun ada. kat ladang sawit, kebun durian orang dia redah masuk

no wonder lah generasi baru ni ramai tak berminat sambung belajar. generasi atas diorang, ada kelulusan universiti tapi tak dapat kerja setimpal. last2 gaji minima, tapi hutang maximum
Quote cik_ingeniare 30-5-2023 11:34 AM
hahaha ada je yang masih pandang rendah dengan budak budak yg jadi cashier, jaga pam minyak etc etc. meols pun pernah je ada experience kena pandang rendah dgn customer zaman belajar dulu dulu padahal part time je sementara cuti sem..
Quote _blackbird 30-5-2023 11:34 AM
mmg byk je org tua kat malaysia ni biadap, kurang ajar, busybody dan merepek. aku selalu je kena tgh minding my own business warga2 emas ni busybody nak tau aku org apa, bangsa apa, islam ke tidak. the fuck??? selalu aku buat bodoh je buat2 tak dgr pastu sendiri nak sentap ckp aku kerek. ehhh yg ko sibuk tanya2 stanger soalan bukan2 ni kenapa.
Quote ifanonline 30-5-2023 11:37 AM
ini menunjukkan malaysia masih jauh utk menjadi negara maju...sebab majoriti rakyatnya masih bodoh...orang tempatan nak keje pam minyak di maki nya...

sebab tu negara masih bergantung kpd pekerja asing...sebab ada pakcik dan makcik tua hina pekerja tempatan...
Quote tungkai 30-5-2023 11:47 AM
Ko kalau nak keje atau keje facing customer, hati kena kering. Mcm2 peel manusia ko jumpa. Benda2 camni akan build up your resiliency in future. Tak perlu nak merintih sendu..
Quote missbigrockstar 30-5-2023 11:52 AM
Penat aku menunggu video habis. Slow bebenor adik ni bercerita. Tapi aku tunggu sampai habis juga sebab nak tau cerita
Quote Kurex 30-5-2023 11:55 AM
Teringat dulu ada ostazah ni menghina mak iols yg kerja cleaner. Macam mana dia menghina mak iols depan student lain. Macam mana dia menghina kawan mak iols depan student lain & depan2 anak makcik tu. Anak makcik tu terus tukar sekolah. Alhamdulillah, anak2 mak aku jadi insan berguna berbanding keluarga ostazah tu yg berentakan. Semoga keluarga ostazah tu kembali bahagia. Jadikan pengajaran ye
Quote cikatilia 30-5-2023 12:01 PM
kadang2 manusia ni tak kenal pon org tu sapa... baru jumpak 1st time... dia bole ckp karangan berjela pasal org tu... xberjela pon dia letak 1 2 patah ayat yg menggambarkan keseluruhan hidup org tu..

kalau gaji budak tu 1500 ke 15000 ke apa kena mengena dgn si tua bangsat tu? tiber aku plak angin
Quote cikatilia 30-5-2023 12:02 PM
missbigrockstar replied at 30-5-2023 11:52 AM
Penat aku menunggu video habis. Slow bebenor adik ni bercerita. Tapi aku tunggu sampai habis juga se ...

kann... mengah aku tunggu.. terpause2..
tp kesian dia

harap2 adik lupa kan pakcik itu.

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074825 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top