CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat Cara Baik Tak Jalan, Ifa Raziah Akan Terus Saji Content Goyang-goyang

29-5-2023 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 675| Komen: 6

Description: Ifa Raziah memberi bayang akan lebih kerap memuat naik content seperti tarian goyang punggung seperti dilakukannya dengan usahawan konstroversi Aliff Syukri- baru-baru ini.Penyanyi dan usahawan berusi ...
Ifa Raziah memberi bayang akan lebih kerap memuat naik content seperti tarian goyang punggung seperti dilakukannya dengan usahawan konstroversi Aliff Syukri- baru-baru ini.

Penyanyi dan usahawan berusia 47 tahun itu, ketika ditemui OHBulan di di majlis sambutan SukeTV Raya & Anniversary menjelaskan bahawa video berkenaan sekadar untuk hiburan dan pemasaran perniagaannya.



IG

"Bila saya buat konten macam itu maknanya berjayalah resepi saya, lepas ini saya kena buat video seperti ini lagi.

"Sebab saya buat video itu sebenarnya saya nak war-warkan StarVendor di Melaka nanti. Sebelum itu saya ada buat konten bersama artis-artis yang lain tetapi semuanya tak dapat perhatian.

"Saya tak bersentuhan pun, di manakah kesalahannya itu? Dan saya tak pakai pakaian yang mencolok mata pun cuma saya tak pakai tudung la," katanya.

Tambahnya, video tersebut hanyalah sekadar hiburan untuk menarik perhatian warganet. Malah, sebelum ini dia sudah sedaya upaya membuat video yang tidak mencetuskan kontroversi, namun tidak mendapat perhatian.


"Apa salahnya viral, setahun sekali sahaja saya nak ‘belanja’? Kitakan nak bagi hiburan dekat rakyat Malaysia. Bila saya ‘posting’ video yang saya buat beria-ria semua tak dapat sambutan.. tak ‘FYP’, tak viral.



"Maknanya rakyat Malaysia ini dia nak tengok content yang seperti itu. Pada mereka itu adalah satu hiburan, supaya mereka senang nak komen kita. Itu hobi rakyat Malaysia, jadi kita sajikan hobi-hobi rakyat Malaysia dekat situ.

"Saya dah buat cara baik dah, tapi tak ada pun orang tengok.  Jadi saya fikir dengan Datuk Aliff dan kami buatlah video tersebut..Itu yang menjadi!" ujarnya.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 29-5-2023 09:09 AM
Toklip macam dah Pro menonggeng
Quote penjarasgbuloh 29-5-2023 09:29 AM
Fazura tu takde pun goyang2 punggung nak promot bisnes...boleh je jalan.

Tak tau nak kata apa. Semoga Ifa Radziah dan Aliff Syukri diberikan hidayah Allah sebelum dicabut nyawa.
Quote Burong_Hantuk 29-5-2023 10:33 AM
terdesak ke acik nih utk kekal dlm industri???
Quote cikatilia 29-5-2023 11:50 AM
releven dgn punggung ?? so bangga
Quote daisy8 29-5-2023 01:03 PM
Acik even shaytan is confused yknow?
Quote anony-mous 29-5-2023 01:17 PM
Ya Allah, jgn la aku & yg membaca berita ni jd manusia x bersyukur bongkak takbur mcm ni

Sesungguhnya rezeki tu dari Allah bkn dari bunggung. Takut wei. Dia ni mcm tuhan dah “campak” dia , lg buat dosa lg byk duit

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046724 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top