CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Nak 'Try' Sertai Saringan Uji Bakat Teater Muzikal 'Broadway' Di New York

24-5-2023 09:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 937| Komen: 10

Description: Pelakon, Nabila Huda meluahkan hasrat untuk mencuba nasib dengan menyertai saringan uji bakat teater muzikal 'Broadway' ketika berada di New York, Amerika Syarikat.Menerusi ciapannya di Twitter, Nabil ...
Pelakon, Nabila Huda meluahkan hasrat untuk mencuba nasib dengan menyertai saringan uji bakat teater muzikal 'Broadway' ketika berada di New York, Amerika Syarikat.

Menerusi ciapannya di Twitter, Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil memaklumkan hatinya terdetik untuk menyertai uji bakat selepas menonton teater muzikal yang terkenal iaitu Broadway New York.



"Dah 2 minggu kat New York City (NYC), tetapi sebelum ni, mood macam tidak sampai. Rasa macam 'hmm boring lah dekat sini'.

"Tapi akhirnya saya jumpa kebahagiaan. Saya akan pergi menonton teater Broadway New York sebanyak yang mungkin. Sangat teruja, mereka sangat hebat.

"Malah, saya terdetik macam mahu pergi mencari tempat yang boleh pergi uji bakat hanya untuk merasai pengalaman proses itu. Saya patut pergi kan?," soalnya kepada pengikut dalam Twitter.

Berdasarkan ciapan lain, Abil tidak menafikan umurnya sudah lanjut untuk menyertai uji bakat, namun pelakon filem Mama itu akan mencari uji bakat terbuka atas sokongan ramai dan rakan selebriti termasuklah penyampai radio, Fara Fauzana.


"Saya tahu sudah terlambat. Iyalah umur saya pun sudah sendu. Tetapi kalau ada peluang pergi uji bakat, apa salahnya kan! Saya akan tanya orang sekeliling," tulisnya lagi. 


Sumber: Xtra, Twitter Nabila Huda

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Login_ID 24-5-2023 10:01 PM
Sebenaenya dia buat apa kat NY?  Cuti? Kerja? Or pindah sana terusss?
Quote immaryjane 24-5-2023 10:20 PM
Haha wlupun sheols kdg2 terpaling in character. Tp cute plak tnye mcm gtu. Moga ade rezeki abil
Quote ellZack 24-5-2023 10:45 PM
Login_ID replied at 24-5-2023 10:01 PM
Sebenaenya dia buat apa kat NY?  Cuti? Kerja? Or pindah sana terusss?

Baca hari tu shooting rancangan memasak ke makan ntah. Tapi benda benda macam tu la.
Quote dudaberhias 24-5-2023 11:30 PM
sukati ko lah burung ababil... semoga berjaya je lah kaka doakan...

Quote wirazam 24-5-2023 11:46 PM
Talent kat ny majority ada tertiary education...ko ada ke??? This is not zmn 50 an ye..
Apa pun all the best lah
Quote Login_ID 25-5-2023 08:07 AM
ellZack replied at 24-5-2023 10:45 PM
Baca hari tu shooting rancangan memasak ke makan ntah. Tapi benda benda macam tu la.

tq pencerahan
Quote lasagna 25-5-2023 08:14 AM
wirazam replied at 24-5-2023 11:46 PM
Talent kat ny majority ada tertiary education...ko ada ke??? This is not zmn 50 an ye..
Apa pun all  ...

ohh memang kena ada ke skrg?
i tot semua tu tak penting, sbb kt sna tengok bakat.
Quote tulip-rain 25-5-2023 08:22 AM
Boring dekat New York?
Buatlah ape kau nak buat. Kau kan terpaling serba serbi. Nak duduk sana terus pun takpe. Boleh 24 jam pakai kebaya orang puji2.
Quote Burong_Hantuk 25-5-2023 08:36 AM
Quote adeqbun 25-5-2023 09:33 AM
tulip-rain replied at 25-5-2023 08:22 AM
Boring dekat New York?
Buatlah ape kau nak buat. Kau kan terpaling serba serbi. Nak duduk sana terus ...

sngaja mengundang jugak die amik video berkebaya tu dr die pakai singlet je..ai tgk pon mcm euww perlu ke...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045519 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top