|
Pelakon, Nabila Huda meluahkan hasrat untuk mencuba nasib dengan menyertai saringan uji bakat teater muzikal 'Broadway' ketika berada di New York, Amerika Syarikat.
Menerusi ciapannya di Twitter, Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil memaklumkan hatinya terdetik untuk menyertai uji bakat selepas menonton teater muzikal yang terkenal iaitu Broadway New York.
"Dah 2 minggu kat New York City (NYC), tetapi sebelum ni, mood macam tidak sampai. Rasa macam 'hmm boring lah dekat sini'.
"Tapi akhirnya saya jumpa kebahagiaan. Saya akan pergi menonton teater Broadway New York sebanyak yang mungkin. Sangat teruja, mereka sangat hebat.
"Malah, saya terdetik macam mahu pergi mencari tempat yang boleh pergi uji bakat hanya untuk merasai pengalaman proses itu. Saya patut pergi kan?," soalnya kepada pengikut dalam Twitter.
Berdasarkan ciapan lain, Abil tidak menafikan umurnya sudah lanjut untuk menyertai uji bakat, namun pelakon filem Mama itu akan mencari uji bakat terbuka atas sokongan ramai dan rakan selebriti termasuklah penyampai radio, Fara Fauzana.
"Saya tahu sudah terlambat. Iyalah umur saya pun sudah sendu. Tetapi kalau ada peluang pergi uji bakat, apa salahnya kan! Saya akan tanya orang sekeliling," tulisnya lagi.
Sumber: Xtra, Twitter Nabila Huda |
|