CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

David Teo Terbitkan Tiga Filem Tahun Ini, Bakal Diarahkan Oleh Pengarah Baharu Dan Muda

24-5-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 259| Komen: 3

Description: Selepas sekian lama menyepi, David Teo mengumumkan dirinya bakal menerbitkan tiga buah filem pada tahun ini.
Selepas sekian lama menyepi, David Teo mengumumkan dirinya bakal menerbitkan tiga buah filem pada tahun ini.

Menurut pengarah Metrowealth International Group (MIG) itu, salah satu filem terbitannya bakal diarahkan oleh seorang pengarah baharu dan muda.


Foto: IG

“Pada tahun ini saya akan keluarkan tiga filem dan perkara itu saya akan umumkan tidak lama lagi. Salah satu filem tersebut bakal diarahkan oleh seorang pengarah muda dan baru. First time dia mengarah filem.

“Saya tak kisah untuk bekerja lebih sebab sebagai penerbit saya perlu mengajar pengarah baru tentang asal usul macam mana sebab dia tak berapa tahu tentang sistem dan pengurusan. Kalau terlebih berkarya, kita akan pening.



Berani menyahut cabaran untuk menerima dan mengetengahkan pengarah baharu, David menganggap ini sebagai satu peluang untuk dirinya mencari pelapis baharu dalam bidang pengarahan.

Namun, David masih lagi belum mengumumkan gerangan pengarah muda tersebut memandangkan filem tersebut masih lagi dalam proses penyuntingan skrip.



“Pertama sekali filem ini sudah mendapat kelulusan pihak FINAS. Lagi satu konsep filem tersebut akan menampilkan elemen time travel dan cerita seram.

“Setakat ini kami tidak pilih lagi barisan pelakon untuk filem ini lagipun ia masih lagi dalam proses penyuntingan skrip supaya jalan ceritanya lebih cantik dan berkualiti untuk diarah oleh pengarah tersebut.

“Itu yang saya perlu panggil penulis skrip yang berpengalaman untuk kuatkan skrip tu. Sebelum ini saya pernah keluarkan lebih dari 15 pengarah muda.

“Lagipun saya punya pasukan sudah ada pengalaman dan mereka yang akan membantu pengarah baru itu.

“Tapi sejak dah lama berhenti, bila nak naik balik saya pun perlu turun padang untuk menjadikannya lebih teratur. Tapi untuk bab berkarya saya takkan masuk campur sebab nak tengok kemampuannya membawa sesuatu yang baru,” jelasnya.



Menyedari perkara itu mampu memberikan risiko tinggi pada syarikatnya, penerbit filem Mami Jarum tersebut tetap nekad demi melihat kelainan yang dihasilkan oleh pengarah baharu di bawah bimbingannya.

“Saya ingin membentuk generasi baru sebagai pengarah walaupun dia tiada pengalaman. Begitu juga dengan pelapis generasi pelakon baru dan penulis skrip.

“Saya anggap dia seperti pembangunan modal insan dalam industri. Kalau awak tengok separuh daripada orang dalam industri adalah mereka yang pernah bekerja dengan saya.



“Lagipun kalau saya tak buat macam ni dan industri pun takkan membangun sebab tiada pelapis baharu. Jadi, saya mesti bagi mereka peluang dengan sokongan untuk mereka,” tambahnya.

Untuk makluman, David telah melahirkan lebih daripada 15 pengarah terkenal seperti, Abdul Razak Mohaideen, Ahmad Idham, Pierre Andre, Farid Kamil, Azhari Zain dan ramai lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 24-5-2023 10:56 PM
Ade lagi muncul...dah abis tempoh edah ker?
Quote dudaberhias 24-5-2023 11:28 PM
sebab dia bakal lantik pengarah baru dan muda ada la sikit2 sinar harapan untuk filem dia berjaya...

tapi kalau balik2 pengarah tua kerepot muka berlubang lepastu badan dah bau tanah kubo... kirim salam je dikkkk...

Quote rosedemon 25-5-2023 08:31 AM
sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo???

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040412 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top