CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Terbakar Ditemui Di Kebun Kelapa Sawit, Pihak Polis Mohon Jangan Sebar Spekulasi

23-5-2023 06:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 22325| Komen: 734

Description: Sabak Bernam – Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi tadi, kepulan asap di tepi kebun berhampiran kandang lembu membawa penemuan mayat tanpa identiti.Perkara itu disedari oleh orang awam yang melalui ...
Sabak Bernam – Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi tadi, kepulan asap di tepi kebun berhampiran kandang lembu membawa penemuan mayat tanpa identiti.

Perkara itu disedari oleh orang awam yang melalui kawasan kejadian di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, di sini, hari ini.


Mayat yang ditemui di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Dalam satu kenyataan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Kata beliau, polis setakat ini masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai penemuan mayat berkenaan.

“Justeru, semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung motif kejadian itu.


“Kita juga meminta orang awam tidak menyebarkan sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Tambah Agus Salim, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi membantu siasatan.

“Selain itu, mereka yang kehilangan ahli keluarga atau tidak pulang ke rumah juga dinasihatkan tampil membuat laporan polis,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 23-5-2023 08:12 PM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote zehra2 24-5-2023 03:09 AM
budak pompuan umur 17 thn tp tk skolah lg. tkde mak bpk dah.
bf ler yg bunuh. mula2 pukul. kaki patah tp tk mati, bf toreh perut (sbb dah pregnant), kemudian bakar.
dah kena tangkap. gila betul.ler..
budak2 sekolah share dlm group klas..
Quote pengecatbintang 24-5-2023 08:00 AM
zehra2 replied at 24-5-2023 03:09 AM
budak pompuan umur 17 thn tp tk skolah lg. tkde mak bpk dah.
bf ler yg bunuh. mula2 pukul. kaki pata ...

gilos...

kalo budak lelaki ni jadik Pee Eem

mau dia guna C4
Quote B40tastePosh 24-5-2023 08:02 AM
Dlm daerah aku ni...Sg Limau ni jalan lama Sabak Bernam-Kuala Selangor
Quote chipsmoremore 24-5-2023 08:07 AM
zehra2 replied at 24-5-2023 03:09 AM
budak pompuan umur 17 thn tp tk skolah lg. tkde mak bpk dah.
bf ler yg bunuh. mula2 pukul. kaki pata ...

astaghafirullahalazim...

kejam nyer bf dia... elok mati ditali gantunglah pun...  senang je ko seksa mati ank org

ni bangsa apa yg kejam sangat ni
Quote zehra2 24-5-2023 08:18 AM
chipsmoremore replied at 24-5-2023 08:07 AM
astaghafirullahalazim...

kejam nyer bf dia... elok mati ditali gantunglah pun...  senang je ko s ...

melayu ler.. bf hensem tp tu ler hati kering. yg bertebaran kat tiktok tu bkn si mati tp gf lain.
byk pasang nya.
yg mati tu kerja kat kopitiam dpn mebenk.
muda lg dah membunuh.. kalo tk tertangkap boleh membunuh lg tu
Quote supernaturalee 24-5-2023 09:29 AM
zehra2 replied at 24-5-2023 08:18 AM
melayu ler.. bf hensem tp tu ler hati kering. yg bertebaran kat tiktok tu bkn si mati tp gf lain.
...

mcm jefrey dahmer dgn ted bundy
kegilaan gadis sungguhpun tau serial killer


anyway
harapnya janin dlm perut tu x terbakar sepenuhnya spy blh guna utk buat dna test

siap ko jantan x guna


Quote Jajabeans 24-5-2023 09:57 AM
zehra2 replied at 24-5-2023 08:18 AM
melayu ler.. bf hensem tp tu ler hati kering. yg bertebaran kat tiktok tu bkn si mati tp gf lain.
...

kat mana nk tgk muka keparat ni
Quote nora_balqis 24-5-2023 10:14 AM
kesiannya, muda lagi mangsa.
Quote zehra2 24-5-2023 10:38 AM
supernaturalee replied at 24-5-2023 09:29 AM
mcm jefrey dahmer dgn ted bundy
kegilaan gadis sungguhpun tau serial killer


tu ler dgr je di mahkamah nanti. ngeri
2x bakar. 1st tk mati. dtg lg bwk petrol.
nyawa ibu kot. sbb dh pregnant 4 bulan.
perut terburai dah.
mmg dibakar hidup2..
Quote pokokmeranti 24-5-2023 10:42 AM
sedihnya.....klu betul kena bunuh dan dibakar sungguh kejam pelakunya.
Quote chipsmoremore 24-5-2023 10:47 AM
zehra2 replied at 24-5-2023 08:18 AM
melayu ler.. bf hensem tp tu ler hati kering. yg bertebaran kat tiktok tu bkn si mati tp gf lain.
...


Mesti boyfren dia tgh high ni dirasuk setan... sampai sanggup buat tindakan mcm tu, dah la ko bakar lepas tu belah pulak perut mmg x layak hidup la ko, kalo org buat kat kucing pun aku marah ni kan kat manusia

Walau apa pun dosa mu dik.. semoga Allah mengampunkan dosa mu dan menempatkan kamu dikalangan org yg beriman dan beramal soleh..Alfatihah
Quote iammummy 24-5-2023 11:12 AM
sedihnya..
Quote scorpionkiki 24-5-2023 12:14 PM
B40tastePosh replied at 24-5-2023 08:02 AM
Dlm daerah aku ni...Sg Limau ni jalan lama Sabak Bernam-Kuala Selangor

Sabbath...apa khabaq. Lega bila tau hang still dgn kami
Quote B40tastePosh 24-5-2023 12:15 PM
scorpionkiki replied at 24-5-2023 12:14 PM
Sabbath...apa khabaq. Lega bila tau hang still dgn kami

Sihat...hang sihat ka?
Quote Dalcott 24-5-2023 12:21 PM
masyaallah. smg mendapat keadilan
Quote chandrahusin 24-5-2023 12:24 PM
zehra2 replied at 24-5-2023 10:38 AM
tu ler dgr je di mahkamah nanti. ngeri
2x bakar. 1st tk mati. dtg lg bwk petrol.
nyawa ibu kot. s ...

Bukan perbuatan biasa2 ni
Mmg ada jiwa pembunuh
Gila
Quote sangbara2020 24-5-2023 12:53 PM
mak aihh...beraninya dia...betul2 iblis ni
memuk# nak bertanggungjawab xnak...hrp nnty hukuman buat2 gantung byk kali tp xde la nk gantung spi mati...last2 bila dia dh rasa mcm main2 bru gantung spi mampus...haaaa...aku lak dh yg jd setan buat hukuman bebukan
Quote menjad 24-5-2023 01:03 PM
giler babeng siap pi beli petrol. tetap nak kasi mati ibu ngan anak dalam penghut... moga mereput dalam penjara terus ke tali gantung harapnya. xyah dah hidup dalam masyarakat

Lihat semua komen(734)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.136073 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top